*Kersik.*
Unggun api marak menyala. Cesar, Linley, Zassler dan lima beradik Barker duduk mengelilingi unggun api. Bebe berehat di paha Linley manakala Haeru baring di belakang Linley.
Berkhemah pada waktu malam di dalam hutan dianggap bahaya. Tetapi siapa sahaja atau apa sahaja yang berani mengancam kumpulan Linley? Terutamanya dengan kehadiran pakar tahap Betara dalam kalangan mereka.
"Mengapa kamu selamatkan kami?" Abang sulung dari lima beradik itu bertanya dengan suara yang lantang.
Linley dan Zassler berpaling memandang Cesar. Ini juga merupakan persoalan yang ingin ditanyakan oleh mereka juga.
Cesar mengerling ke arah mereka berlima. Dia tidak menjawab, tetapi membalas persoalan itu dengan pertanyaan lain, "Bapa kamu? Ibu kamu?"
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください