Apabila berlakunya bencana, kita hanya mampu menerima dengan reda.
Selepas meninggalkan Pekan Wushan, Linley dan Bebe menuju ke arah utara. Segala yang dilihatnya menjadikan Linley semakin pendiam. Seluruh Kerajaan Fenlai bertukar kepada taman permainan bagi makhluk ajaib. Mayat-mayat manusia tidak lebih daripada makanan bagi mereka.
Sepanjang jalan ke utara, hanya makhluk ajaib sahaja yang kelihatan. Tiada seorang manusia pun ada.
Tiba-tiba, seorang manusia muncul di penghujung jalan, Manusia ini bergerak dengan laju dan dikejar oleh beberapa ekor makhluk ajaib yang melolong. Tetapi dengan beberapa sinaran cahaya violet, makhluk ajaib itu terbelah dua. Manusia itu meneruskan perjalanannya menuju ke utara. Di atas bahu manusia itu terdapat seekor Tikus Bebayang hitam yang comel.
'Bos, mahu cari tempat untuk berehat? Saya agak lapar.' Bebe yang berdiri di atas bahu Linley bercakap dalam mindanya.
Linley memandang tidak berdaya ke arah Bebe.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください