webnovel

Pemilik Dijumpai

編集者: EndlessFantasy Translation

"Abang Kalan." Alice memanggil dengan suara rendah dan melihatnya dengan pandangan yang terdesak.

Orang lain mungkin berasa bangga kerana menjadi ilham sebuah arca bertaraf Pakar Ukir Agung. Namun begitu, arca 'Terjaga dari Mimpi' ukiran Linley berbeza. Berdasarkan aura yang diberikan oleh lima patung itu, sesiapa yang biasa menganalisa arca dengan mudah dapat menduga ada sejarah romantik antara Linley dan Alice.

Jika Alice hanya akan berkahwin dengan seseorang dari puak kecil, ini tidak akan menjadi isu besar.

Akan tetapi… dia akan berkahwin dengan Kalan dari puak Debs.

Kalan akan menjadi pengganti tampuk kepimpinan puak Debs. Puak Debs ialah salah sebuah daripada tiga puak ternama Kerajaan Fenlai.

"Tenang, tenang." Kalan memegang tangan Alice untuk menenangkannya.

Namun Alice dapat merasakan tangan Kalan dibasahi peluh.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ