Butterfly tiba-tiba tersenyum apabila melihat Marvin kekal senyap dan tidak memberikan sebarang tindak balas.
Senyuman dia itu penuh dengan rasa jijik dan menghina. Ini merupakan kali pertama dia menunjukkan perasaan seorang permaisuri kepada Marvin.
"Adakah kau ingat diri kau boleh faham tentang rahsia dunia ini?"
"Adakah kau ingat kau seorang sahaya yang nampak gambaran tersebut?"
"Kau ingat diri kau seorang sahaja yang patut bertanggungjawab untuk menyelamatkan dunia ini? Marvin, bukankah kau terlalu memandang tinggi terhadap diri sendiri?"
Ini merupakan satu teguran yang sungguh kasar.
Ia seperti rasa malu ketika menjadi pelajar yang tidak fokus dipanggil oleh cikgunya.
Butterfly menyambung lagi dengan jujur, "Adakah kau berfikir sama ada dunia ini sekadar ilusi sahaja?"
Marvin berfikir sedikit sebelum mengangguk.
Benua Feinan memang sekadar permainan video sahaja dari sudut pandangan Marvin di hayat yang lalu.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください