webnovel

Dirancang

編集者: EndlessFantasy Translation

Menghukum pemberontak?

Marvin berkerut.

Tetapi dia melihat orang ramai di jalan mula tinggalkan apa yang mereka sedang buat dan terus menghala ke arah yang sama.

"Cepat! Cepat! Sesiapa yang terlewat akan dianggap orang pagan oleh pihak kuil."

Suara orang ramai berbisik dan kanak-kanak menangis bergema di jalan itu. Kaum wanita pula dengan segera mengangkat kanak-kanak kecil sambil kaum lelaki bergerak ke depan dengan tidak mempedulikan mereka.

Marvin juga mengikut orang ramai.

Selepas itu semua penduduk Bandar White Elephant berkumpul di tapak dataran.

Dataran ini sangat luas dan mampu menampung beberapa ribu orang. Empat Paladin berjubah hitam berdiri di platform yang terletak di tengah dataran sambil menatap dingin semua orang.

Satu kereta kuda mewah berada di tepi. Terdapat Paderi Wanita berjubah ungu di dalamnya.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ