webnovel

Pisau Belati Jed Kingfisher

編集者: EndlessFantasy Translation

Terowong lombong itu sangat sunyi. Hanya bunyi keluhan saja bergema.

Keazaman Marvin sangat utuh. Setiap semakan ketakutan semuanya diatasi dengan jayanya.

Sebab itu dia berani masuk ke kawasan lombong.

Muka yang besar dan pelik ini adalah sejenis hidupan liar. Roh Bumi.

Roh Bumi merupakan makhluk yang jarang ditemui. Ada yang mengatakan Roh Bumi terbentuk dari roh pelombong yang mati tersesat ketika melombong.

Makhluk ini dalam keadaan separuh-roh dan separuh-fizikal. Ia mempunyai rupa paras yang pelik tetapi bahagian mereka yang paling pelik ialah muka mereka.

Bunyi keluhan sebenarnya datang dari Roh Bumi ketika mereka bergerak. Setiap bunyi keluhan membawa kepada kemahiran ketakutan yang lemah.

Orang yang penakut akan terus ketakutan disebabkan mereka.

Tetapi itu tidak menjadi masalah buat Marvin.

Roh Bumi yang biasa tak akan menyerang manusia. Mereka sebenarnya baik hati.

Tetapi Roh Bumi ini telah mengalami korupsi oleh sesuatu. Mereka mudah marah sehingga cuba menyerang Marvin!

Marvin berminat dengan punca datangnya korupsi itu. Sumber korupsi selalunya dicipta oleh kuasa magik ahli sihir. Disebabkan kuasa magik yang bocor, makhluk dengan kecerdasan yang rendah akan sengsara kerana magik huru-hara dan akan menunjukkan perangai yang pelik.

Pada era ini, item yang dibuat oleh ahli sihir memang sangat bernilai.

Dari sudut lain, kawasan yang dipenuhi dengan Roh Bumi mesti ada harta karun.

Marvin akan memberi sepenuh daya yang ada ketika mencari harta karun!

Dia mengeluarkan sesuatu dari konc kosong… Ia tidak lain dan tidak bukan ialah bunga api besar!

Walaupun ada roh bumi tidak takut dengan api, mereka masih takut dengan cahaya yang sangat terang.

Marvin dengan lancar mengeluarkan batu api dan menyalakan bunga api dalam sekelip mata!

Walaupun bunga api ini dibuat dengan kasar oleh tukang besi di perkampungan, ia masih mampu dinyalakan dalam sekelip mata. Tetapi, bunga api ini hanya ada separuh saja kekuatan menyilaukan mata!

Di bawah sinaran yang terang, Roh Bumi yang mudah marah itu mula membuka mulut yang berdarah dengan besar seorang demi seorang!

Tetapi mereka tak mengeluarkan sebarang bunyi, sebab itu orang yang berada di kem tidak sedar apa yang berlaku pada ketika ini.

Marvin tak kisah pasal ini.

Dia mencucuk batang bunga api di tanah dan mengeluarkan kerambitnya.

Cahaya yang menyilaukan itu menyekat pergerakan Roh Bumi tersebut.

Mereka mara sambil merengek. Pergerakan mereka sangat kelakar.

Bagi Marvin pula, masa untuk berusaha keras!

Kerambitnya di tangan nampak seperti bunga, dia bergerak di antara muka pelik itu seperti ikan di lautan. Kerambitnya dihunus tanpa henti, dan hampir 20 Roh Bumi mati dibunuh Marvin.

Walaupun Roh Bumi mempunyai level 3 yang sederhana tetapi kekuatan mereka juga tidak berapa kuat.

Sebab mereka mempunyai level yang agak tinggi kerana kemahiran ketakutan mereka. Orang biasa memang akan mengalami masalah jika terkena efek ketakutan itu.

Pada masa itu, anda tak boleh mengawal otot sendiri. Menggunakan serangan yang perlukan ketepatan akan menyebabkan kecederaan atau paling teruk kematian.

Tetapi Marvin tak terkesan langsung dengan kemahiran ketakutan itu.

Ini seperti membuli mereka.

Dua puluh empat roh bumi memberikan Marvin 609 exp pertempuran. Ini sangat lumayan dan lebih banyak dari apa yang dia dapat dari zombi yang dibangkitkan oleh Perompak Kubur Heiss.

Tetapi Marvin tahu menuai pengalaman dengan cara ini tidak boleh dilakukan dalam jangka masa panjang. Roh Bumi sangat sukar ditemui.

Menghapuskan sekumpulan makhluk level 3 seperti ini sangat sukar untuk ditemui.

Marvin sudah berasa puas hati.

Marvin meneruskan pembunuhan sehingga semua Roh Bumi mati.

Dia terus mara ke dalam terowong lombong.

Dia menjumpai beberapa mayat gnoll semasa dalam perjalanan.

Nampaknya Roh Bumi ini telah menjadi sangat ganas sehingga mula membunuh gnoll.

Gnoll ini sudah pasti mengalami kesengsaraan.. Mereka mempunyai kebijaksanaan yang rendah, sebab itu mereka senang ditimpa kemahiran ketakutan.

Mereka tiada cara untuk menguruskan Roh Bumi di dalam lombong yang kegelapan. Mereka hanya mampu membina kem di luar jauh dari lombong.

Terowong lombong ini tidak terlalu dalam tetapi mempunyai banyak cabang. Sebelum lombong ini ditinggalkan, terdapat banyak pelombong yang melalui cabang tersebut.

Pada masa itu, mungkin Roh Bumi masih belum terkena korupsi sepenuhnya dan hanya menakutkan pelombong tanpa menyerang mereka.

Tetapi keadaan mula berbeza beberapa bulan yang lalu.

Walaupun dia menghabiskan masa yang lama di dalam terowong lombong ini untuk mencari sesuatu pada masa lalu, dia pasti tidak akan menjumpai apa-apa kerana lombong yang kompleks ini.

Dia sangat mahir.

Roh Bumi selalunya boleh dijumpai berdekatan dinding berbatu. Tanah di bawah tanah juga akan berubah menjadi berbeza selepas Roh Bumi melalui situ.

Batu gunung yang asal juga akan menjadi lembut.

Marvin bergerak sambil merangkak untuk cuba melalui kawasan lembut di tanah seboleh mungkin.

Dia telah membunuh dua kumpulan Roh Bumi ketika bergerak ke depan dan mendapat 377 exp pertempuran lagi sebelum tiba ke kawasan sumber korupsi.

Terdapat gua di kawasan lombong yang dalam ini.

Terdapat juga tumbuhan yang menjalar panjang di dalam gua dan mempunyai duri yang tajam.

"Tumbuhan beracun?"

Marvin cuba fokus melihat tumbuhan menjalar itu.

"Dari mana datang tumbuhan ini?"

Racun yang terbentuk dari [Tumbuhan Sangat Beracun] mempunyai racun yang sangat kuat. Tetapi tumbuhan ini tak membawa efek kepada Roh Bumi.

"Adakah aku tersilap?" Marvin berfikir.

Tetapi Marvin tidak akan duduk diam selepas terjumpa tumbuhan itu. Lagipun ini wilayahnya.

Tumbuhan sangat beracun tidak akan tumbuh tanpa asas yang bagus. Jika dia membiarkan tumbuhan menjalar ini masa untuk matang, ia akan membesar menjadi tumbuhan raksasa yang menakutkan.

Walaupun tumbuhan raksasa lahir dengan tidak boleh bergerak, tetapi mereka mempunyai resam tubuh yang bagus. Tambah lagi selepas menaik taraf, rintangan mereka terhadap api semakin meningkat.

"Dari apa yang aku tahu, hanya ada beberapa ahli sihir saja yang ada tumbuhan sangat beracun ini untuk digunakan di dalam eksperimen.

"Lagipun, Pengembala…"

"Mungkinkah ini kumpulan orang kejam yang memerhatikan Lembah White River?"

Marvin berasa sangsi tetapi tidak lagu ragu-ragu dan terus menyalakan api di tanah.

Tumbuhan sangat beracun itu amat merbahaya jika ia sudah menjadi matang.

Sekarang tumbuhan menjalar ini sangat halus dan tidak mendatangkan masalah.

Api yang marak terus membakarnya.

Sebenarnya, racun tumbuhan menjalar ini agak sukar untuk diambil. Dia hanya boleh aplikasikan racun ini di pisau belati atau kerambitnya.

Tetapi Marvin tidak melatih diri dengan apotekari, dan tidak membawa item untuk menilai yang hebat. Pasti dia akan ditimpa malapetaka jika terkena racun itu secara tidak sengaja.

Lombong itu telah dipenuhi dengan asap dari api yang dinyalakan. Marvin menutup hidung dengan tangan dan terus mencari.

Disebabkan mentaliti dirinya yang tidak suka terlepas pandang, dia mencari dengan teliti.

Tetapi dia tidak sangka akan menjumpai peti harta karun di bawah abu tumbuhan sangat beracun itu.

Tambahan lagi peti ini tidak berkunci!

"Nampaknya punca sumber korupsi datang dari sini!" Marvin menyedari tiba-tiba.

Terdapat banyak barang di dalam peti harta karun ini dengan dalang yang menjadi punca Roh Bumi marah.

Itu ialah botol senget mengandungi cecair yang berbau sangat pelik.

Marvin menghidu dengan perlahan dan terus tersedak!

"Bau asid yang sangat kuat!"

[Asid Magik] adalah seperti [Tumbuhan Sangat Beracun]; ia dipunyai oleh Pengembala, yang mempunyai tujuan menyebarkan kejahatan di Benua Feinan dengan menggunakan benda itu.

Asid Magik sangat mudah meruap. Ia tersebar di udara dan gas ini menjangkiti Roh Bumi yang mempunyai kebijaksanaan yang rendah.

Tetapi dari cara botol ini senget, tidak nampak seperti ada dalang yang sengetkan botol ini.

Marvin mengomel dan melihat di sebalik abu itu lagi. Nampak gaya dia menjumpai tulang belulang di dalam abu pula kali ini.

Tulang belulang ini sangat sukar untuk dikenal pasti kerana ia juga terus terbakar dalam api itu. Ia nampak seperti rangka makhluk berbentuk manusia yang tinggi.

"Pengembala!"

"Adakah pengembala memang datang ke Lembah White River? Kenapa dia mati di sini?"

Marvin menjumpai soalan yang bermain di benak fikiran satu demi satu.

"Pengembala ini mungkin mati kerana tidak berhati-hati ketika mengendali tumbuhan sangat beracun dan asid magik."

"Nampak gaya Pengembala ini cuba untuk meletakkan barang ini di dalam peti harta karun sebelum menanam ia… Tetapi belum sempat habis melakukan, dia mati."

Pangkat Pengembala ini rasanya tidak terlalu tinggi. Mungkin dia mati kerana cedera parah yang dialami ketika dikejar.

Persoalan sekarang, kenapa dia masuk ke dalam lombong ini!?

Walaupun Marvin mempunyai pengalaman yang luas, tetapi dia tidak dapat memikirkan jawapan untuk persoalan ini.

Dia pun meletakkan tubuh badan Pengembala ke tepi buat masa ini dan menyimpan botol di peti untuk menghentikan asid magik ini terus melakukan korupsi kepada hidupan di lombong.

Oleh yang demikian, roh bumi akan kembali kepada sediakala.

Masih terdapat dua lagi barang di dalam peti. Pisau belati jed berwarna hijau dan sampul surat yang tebal.

Marvin melihat pisau belati itu dan terus tertarik dengannya.

Tuan asal pisau belati ini tidak menggunakan kemahiran [Obscure] ke atasnya, sebab itu Marvin hanya perlu menggunakan [Inspect] saja untuk melihat atribut pisau belati itu.

[Pisau Belati Jed Kingfisher +1]

Kualiti: Luar Biasa

次の章へ