Zhang Yang dan pasukannya mendarat ke atas tanah. NPC itu terus terperanjat. Mereka sangkakan mereka sedang diserang hendap oleh pihak musuh! Jadi, mereka cepat-cepat mengangkat senjata mereka dan sedia untuk bertempur. Selepas melihat wajah Zhang Yang dan ahli pasukannya, mereka menurunkan senjata mereka dan bertenang. Salah satu antara mereka kemudiannya bertanya, "Siapa kamu semua?"
"Kami Pengembara dari tempat yang sangat jauh dipanggil Istana Jed Putih!" Zhang Yang membuat gaya tunduk hormat seorang Pengembara lalu menunjukkan lencana di dadanya pada NPC tersebut.
"Istana Jed Putih?" Pengawal di pos luar itu keliru. Akan tetapi, seketika kemudiannya, mereka terus bertanya, "Apa yang kamu semua mahu daripada kami?"
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください