"Tak guna! NPC tak guna!" Jerit Tornado Berdarah.
Meskipun NPC itu sudah jelas menipu pemain, tanda namanya masih lagi berwarna hijau. Zhang Yang dan lain-lain belum boleh menyerang NPC itu lagi.
Zhang Yang cuba mencetuskan sesuatu untuk memulakan pertarungan. "Culonca, apakah hamba itu?"
"HAHAHAHA! Sekarang, inilah soalan yang aku mahu dengar!" Ketawa menyindirnya bergema ke seluruh kokpit. "Mesin ini makhluk mekanikal hidup yang datang dari angkasa lepas! Ia mempunyai kuasa yang luar biasa, kekuatan dan keupayaan untuk bertukar! Berdasarkan penyelidikan aku yang mendalam, makhluk-makhluk asing ini terbahagi kepada 2 puak! Terdapat dua puak iaitu Autobot dan Decepticon. Musuh sebelum ini yang kamu telah tewaskan untukku merupakan ketua Autobot! Dia merupakan makhluk terakhir dalam puaknya! Sayangnya ketika aku menghidupkannya semula, dia masih lagi berada dalam keadaan sedar dan aku tidak dapat mengawalnya!"
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください