webnovel

Telah Diatur?

編集者: EndlessFantasy Translation

Pusingan kedua bermula lima minit kemudian!

Pasukan Bintang Gemilang masih kecewa dengan kekalahan mereka dalam pusingan pertama. Mereka bertarung dengan separuh hati dan berterabur lantas tewas tidak lama selepas itu.

2–0, Asap Gurun Terpinggir menang!

"Tank noob, kau Tahap 67 dan aku pula Tahap 64! Bila kita dapat jadi juara, aku akan naik tiga tahap dan dapat anugerah MVP yang akan naikkan aku ke satu lagi tahap. Jadi, aku akan capai Tahap 68, satu tahap lebih tinggi daripada kau!!" Wei Yan Er tersengih. Dia suka mengejek-ejek Zhang Yang.

"Budak kecil, kalau cikgu matematik sekolah rendah kau dengar apa yang kau cakap, mesti dia akan hantuk kepala dia ke dinding!" Zhang Yang mengeluh.

Orang lain di meja makan itu hanya tersenyum kecil.

Wei Yan Er menggigit jarinya seketika lalu berkata, "Humph, tak bolehkah orang buat gaya comel sedikit?"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ