'Ding! Anda telah mencari di segenap Kubu Serigala Jahat dan gagal mencari apa-apa petunjuk tentang orag lelaki dari Kampung Kambing Putih. Mungkin anda patut kembali ke kampung tersebut dan maklumkan perkara ini kepada orang kampung di sana. Mereka mungkin mempunyai pendapat tentang perkara ini.'
Setelah notifikasi sistem bermain di cuping telinganya, Zhang Yang berpusing dan bergegas kembali ke perkampungan tadi. Tempat tersebut sangat menyeramkan dan sesiapa sahaja yang berdiri di situ pasti akan mendapat mimpi ngeri!
20 minit kemudian, Zhang Yang tiba di Kampung Kambing Putih semula. Orang kampung yang lain telah bersurai dan sambung melakukan apa yang mereka lakukan tadi. Satu-satunya NPC yang masih berdiri di pintu masuk itu hanyalah perempuan tua yang sama tadi.
"Pengembara? Kenapa kamu berpatah balik?" soal wanita itu dengan wajah sugul. Raut wajahnya jelas mengatakan, "Kau sudah makan dan ambil semuanya, tapi kau tidak memberi apa-apa sebaliknya!".
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください