webnovel

Serangan Balas!

編集者: EndlessFantasy Translation

Ke mana sahaja Pedang Nyawa dan Kematian itu dihayun, berjuta nyawa melayang serta-merta!

Pemain yang sangat ramai di Bukit Senja itu serta-merta dibunuh sehingga tiada apa-apa kesan lain yang tinggal selain satu cahaya keemasan yang semakin pudar. Jasad mereka bergelimpangan manakala darah mereka terpancut ke merata-rata tempat sehingga menukar warna bukut itu kepada warna merah! 

Dahsyat sungguh puteri ini! Kuatnya dia! Hebatnya kuasanya!

Patutlah orang mengatakan jangan sesiapa pun membuat golongan diraja berang! Zhang Yang sendiri sedang menyaksikan bagaimana dahsyatnya kuasa mereka! Ia umpama ribut yang melanda dan memusnahkan segalanya di sekelilingnya!

Zhang Yang begitu teruja dengan apa yang terjadi di hadapan matanya dan terus menghubungi Ratusan Tembakan melalui saluran persatuan. "Ratusan Tembakan! Adakah anak-anak haram dari Megah dan Pendominasi masih berkawal di sekeliling jasad ahli persatuan kita?"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ