webnovel

Pasukan yang Serasi dan Saling Menyayangi

編集者: EndlessFantasy Translation

"Kita sudah berjaya!"

Saluran pasukan tiba-tiba dibanjiri sorakan dan gelak tawa, tetapi Cahaya Bintang Abadi dan Lamunan Dafodil lebih teruja berbanding yang lain-lain. Mereka tidak pernah berdepan dengan bos Perak Kelabu, apatah lagi menyertai mana-mana pasukan dan membunuh bos jenis ini! Pencapaian pertama ini lebih besar maknanya kepada mereka berbanding geng Zhang Yang.

'Hmph. Pemain yang akan terkenal satu hari nanti ini sudah berada dalam genggamanku!' Zhang Yang perasan yang wajah Dafodil sentiasa dihiasi senyuman yang telah membuatkan Wei Yan Er kelihatan sedikit menyampah. Ia mengingatkannya kepada satu kartun tentang seorang lelaki tua pelik dan seorang gadis yang pernah ditontoninya semasa dia masih kecil.

"Budak kecil! Dapatkan ganjaran kita!" Zhang Yang cepat-cepat memintanya melakukan sesuatu sebaik sahaja dia menyedari yang Wei Yan Er tidak keruan setelah pertarungan itu berakhir.

"Baik, kapten!" Wei Yan Er melompat kegirangan ke arah bos.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ