webnovel

Tingkat Enam

編集者: EndlessFantasy Translation

Zhang Yang menyentuh bangkai Barga, Sang Mead untuk mengambil hasil rampasan.

[Busur Bulan Terbenam] (Item Cabaran)

Penerangan Item: Peninggalan Barga, Sang Mead, salah satu daripada tujuh peralatan suci Dwarf.

Peralatan Suci! Ia hanya satu gred lebih rendah daripada peralatan peringkat Agung. Sayangnya, ini merupakan item cabaran. Sekiranya Zhang Yang dapat memperolehi senjata suci waktu ini, tiada apa yang dapat menghalangnya!

Zhang Yang menggeleng kepalanya sambil tersenyum. Terdapat dua jenis peralatan suci iaitu peringkat Suci dan peringkat Samawi. Peralatan peringkat Suci hanya boleh didapatkan daripada bos Tahap 170 ke atas manakala peralatan peringkat Samawi hanya boleh diperolehi daripada bos Tahap 200 ke atas. Zhang Yang berjaya mendapatkan hanya dua buah peralatan peringkat Suci dalam kehidupannya yang lepas!

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ