webnovel

Guranda, Si Sesumpah

編集者: EndlessFantasy Translation

Zhang Yang meluru untuk berdepan dengan bos itu. Apabila mereka berdua tersentuh, satu simbol bintang muncul di atas kepala bos itu yang menunjukkan kesan pegunan Zhang Yang menjadi. Walaupun kesan pegunan itu hanya bertahan selama beberapa milisaat, ia tetap pegunan yang menjadi!

"Haha!" Zhang Yang menghayun pedangnya dan menikam bos tersebut, lalu menyebabkan '-339' mata kerosakan ke atasnya.

"Argh…"

Bos tersebut meraung kesakitan. Cahaya terang yang membutakan sesiapa yang memandang terpancar daripada jasad bos itu.

Han Gemuk dan ahli pasukan yang lain-lain cepat-cepat berpusing. "Apa yang terjadi ini!?"

Bagaimana Zhang Yang masih lagi hidup? Sebaliknya, bos itu pula yang mengalami kerosakan! Mereka berempat berasa gembira dan terperanjat pada masa yang sama. Mampukah mereka menjadi Pembunuh Dewa? Seorang Pembunuh Dewa! Menurut laman sesawang rasmi, mana-mana pemain perlu mengumpulkan beberapa ratus ribu hingga jutaan orang untuk berdepan dengan bos seperti ini! Pertarungan tersebut juga akan berterusan selama beberapa hari dan beberapa malam! Jika mereka mampu menewaskan bos Samawi dengan hanya lima orang ahli, itu merupakan pencapaian terulung yang boleh dicapai mana-mana manusia!

Sinaran cahaya itu bersinar dan lenyap dengan pantas dan apabila Han Gemuk memerhatikan Zhang Yang, dia ternampak sesuatu yang aneh…

Bos itu telah lenyap. Di tempatnya tadi, berdiri satu dwarf dengan ketinggian tidak melebihi 1 meter. Ia menggenggam sebatang tongkat sakti yang lebih tinggi daripadanya dalam tangannya. Mereka semua dengan segera menyemak maklumat sistem mengenainya.

[Guranda, Si Sesumpah] (Tembaga Hijau)

Tahap: 25

HP: 250,000

Han Gemuk terpinga-pinga dan akhirnya berteriak. "Yang Kecil! Mana bos tadi?"

"Kau tak nampakkah dia berdiri di depan aku ini?" Zhang Yang mengangkat pedangnya dan menunjuk ke arah dwarf itu.

Dwarf kecil tersebut membuka mulutnya dan mula menyumpah Zhang Yang.

"Manusia bedebah! Berani kamu mencederakan aku dengan pedangmu! Aku akan hancurkan kalian! Aku akan tewaskan kalian!" Ia mengangkat tongkat saktinya dan menghalakannya ke arah Zhang Yang sambil menjampi sesuatu. Satu simbol kesan melemahkan muncul di atas kepalanya.

'Ding! Anda telah terkena kesan <Bayangan Mereputkan>. Menerima 300 mata kerosakan Bayangan setiap 3 saat selama 30 saat!'

"Peliknya. Bukankah ia makhluk Samawi?" soal Han Gemuk.

"Itu hanya palsu." Zhang Yang cepat-cepat membalas. Zhang Yang serta-merta ternampak sesuatu yang aneh sewaktu kemunculan bos itu tadi. Mardevich merupakan Ketua kepada 7 Ahli Sihir Bayangan yang paling hebat dan menetap di Menara Jahanam di Tanah Suci Bayangan. Mana mungkin ia tersembunyi di tempat seperti ini!

Berdasarkan pertimbangannya itu, dia cepat-cepat merumuskan yang bos ini hanya palsu! Apabila dia menyerangnya, dia dapat memastikan keraguannya dan membuktikan apa yang dirasakan itu benar! Bos Samawi sebenar akan kebal sepenuhnya kepada kesan pegunan! Sedangkan Unduin, bos Perak Kelabu, itu kebal dengan kesan imuniti!

"Tak guna! Dwarf kerdil licik! Berani kau permainkan aku! Han yang hebat ini! Kau memang nak mati!?" Han Gemuk menarik busurnya dan menyerang dengan berang. "Gemuk Kecil! Serangnya habis-habisan!"

"Rarr!" Gemuk Kecil, si beruang itu, mengaum dan meluru dengan punggung putihnya untuk menyerang. 

Ahli pasukan yang lain juga berasa berang seperti Han Gemuk lantas turut menyerang dwarf itu dengan ganas untuk menghukumnya.

"Sekumpulan manusia tak guna! Aku akan bunuh kamu semua!" Guranda sekali lagi mengangkat dan menghalakan tongkat saktinya ke arah Zhang Yang. Kali ini, ia mula membaca sebuah jampi dan sebuah palang kemajuan muncul di atas kepalanya.

"Gemuk! Cuba hentikan jampi itu!" Zhang Yang tidak mengetahui apa-apa tentang kebolehan atau kemahiran bos tersebut. Ia lebih baik untuk mereka menghentikan jampinya dan menghalang apa-apa serangan yang tidak diketahui.

Han Gemuk menjampi <Tembakan Membisukan> dengan segera.

'Kebal!'

"Jahanam! Tak menjadi!" Han Gemuk berteriak kuat dan terus menyerang.

'Ding! Guranda, Si Sesumpah telah menggunakan <Wabak >!'

Lima sinar cahaya muncul dan mengenai mereka semua, lalu menyebabkan kesan melemahkan mereka.

[Wabak]: Anda akan menerima Wabak dan dijangkiti pelbagai penyakit. Semua serangan anda akan berkurangan sebanyak 5%. Anda akan menerima 150 mata kerosakan Bayangan setiap 3 saat selama 24 saat. Kesan ini boleh ditindih dan boleh dibantutkan.

"Si Salji! Bantutkan semua kesan melemahkan ini!" Zhang Yang dengan pantas memberi arahan. Setindan <Wabak > tidak perlu dikhuatiri, tetapi apabila kesan tersebut bertindih sebanyak 20 lapisan, pemain tidak perlu melakukan serangan lagi memandangkan kesan itu akan menyebabkan 0 mata kerosakan.

Si Salji mengangguk dan cepat-cepat menjampi <Pembantutan > untuk menghentikan kesan melemahkan tersebut. Dalam masa lima saat, mereka semua bersih daripada kesan itu.

[Pembantutan]: Membuang kesan melemahkan pada pihak sekutu atau membuang kesan menguatkan pada pihak musuh. Tempoh bertenang: 1 saat.

"Manusia kerdil! Kamu telah membangkitkan kemarahanku! Rasakan kemurkaanku!" Guranda menghayun tongkat saktinya yang besar itu ke arah Zhang Yang. Serangan fizikalnya tidak begitu kuat memandangkan ia makhluk jenis penjampi kuasa ajaib. Zhang Yang berasa ia sesuatu yang menjengkelkan apabila dia tidak dapat mengumpulkan Rage dalam mengelak daripada serangannya. Zhang Yang tidak mahu membazir masa berdepan dengan serangan fizikalnya lagi.

"Bangkitlah daripada abumu, wahai wira sekalian! Jadilah hambaku!" Guranda membaca satu mantera dan menghayun tongkat saktinya. Tanah di situ bergegar dan 10 lubang kegelapan muncul di kawasan tersebut. Tangan rangka berwarna putih mencapai dan memanjat keluar dari lubang tersebut. Satu persatu Rangka berdiri di atas lubang yang akhirnya tertutup dan lenyap itu. 

"Bunuh mereka semua!" Guranda berteriak.

FOOM!

Api gelap terpancar dari soket mata Rangka tersebut dan nampak begitu merbahaya dan boleh membunuh. Raksasa itu menggerakkan tangan mereka lalu mengeluarkan pedang berbentuk tulang. 

"Aku tak suka tengok keadaan ini…" ujar Han Gemuk.

"KIIKIKIIIKIII" Rangka tersebut mendengus kuat dan menyerang pasukan itu.

[Wira Rangka] (Elit)

Tahap: 20

HP: 10,000

Zhang Yang dengan pantas menghentak kakinya ke tanah dan menggunakan <Serangan Petir> untuk menarik sebanyak raksasa yang dia mampu. Sebaik sahaja dia dapat menarik raksasa yang sedang menyerang dirinya dan Drizzler, dia cepat-cepat merantai serangannya itu dengan <Serangan > dan menyerang Wira Rangka yang sedang menuju ke arah Si Salji. 

"Abaikan makhluk suruhan itu! Jangan serang mereka, aku belum cukup aggro lagi ini! Fokus pada serangan ke atas bos! Gemuk, Ratusan Tembakan! Datang sini dan diri sebelah aku!" Zhang Yang memberi arahan.

Zhang Yang tidak dapat menyerang semua raksasa itu serentak memandangkan ahli pasukannya dan raksasa tersebut berada di merata-rata tempat. Namun, apabila mereka semua berkumpul di satu kawasan, mudah bagi Zhang Yang untuk mengawal mereka semua.

'-698!'

'-742!'

'-1480!'

'...'

Slash! Zhang Yang menggunakan <Sambaran Mendatar> dan berjaya memperolehi aggro yang banyak bagi berdepan dengan raksasa tersebut. 

"Gunakan kemahiran AoE kau!" ujar Zhang Yang.

Han Gemuk dan pasukan itu bersiap sedia dengan kemahiran mereka dan menunggu isyarat. Apabila Zhang Yang memberi isyaratnya, mereka menggunakan kemahiran mereka sehabis mungkin. Pemburu menggunakan <Panahan Bertalu-talu> dan Drizzler menggunakan <Belahan Tornado>. Kuasa serangan pasukan itu serta-merta meningkat dengan mendadak.

"Bagus! HAHAHAHA! Sangat bagus! Aku tak puas! Hmm… Oh… AH…" Drizzler seperti berada di awang-awangan sambil terjerit-jerit di tengah-tengah gerombolan raksasa itu. Namun, jeritannya yang berbaur erotik itu membuatkan ahli pasukannya memikirkan sesuatu yang tidak senonoh. Ia begitu aneh sehinggakan kedua-dua Ratusan Tembakan dan Zhang Yang tersenyum kerana mereka memahami keadaan tersebut. Han Gemuk pula tersenyum sejak dari tadi seperti seorang penyumbaleweng. 

"Cukuplah itu! Drizzler! Jangan buat bunyi itu lagi!" Si Salji yang tersipu-sipu malu cuba menghentikan apa yang sedang dilakukan oleh sepupunya. Wajah Drizzler merah padam, tetapi dia masih tidak menyedari yang jeritannya telah menyebabkan suasana menjadi kurang selesa. "T-Tapi, perasaan ini memang mengasyikkan AH…"

Mereka semua akhirnya tidak lagi memberi perhatian kepada Drizzler dan meneruskan serangan mereka. Makhluk suruhan yang diseru itu berjaya dibunuh oleh kemahiran AoE pasukan itu dengan pantas sementara HP bos tersebut menurun hingga ke 67%.

"Mustahil! Manusia biasa! Aku telah disakiti oleh manusia biasa!" Guranda mula kelihatan lebih serius. "Nampaknya aku kena berhenti bermain-main dengan mangsaku!"

Bos tersebut menghentikan serangannya dan mula membaca satu mantera dalam sebuah bahasa asing. Satu cahaya gelap menyelubungi bos itu dan menyebabkan semua serangan daripada pasukan Zhang Yang tidak menjadi.

'Kebal!'

'Kebal!'

'Kebal!'

"Berhenti menyerang! Bos ini akan beralih ke peringkat kedua!"

Beberapa saat kemudian, cahaya itu lenyap dan menunjukkan seekor Harimau Tulang yang besar dengan tulang yang tajam dan terpacak keluar menyerupai lembing.

"Gila! Bos ini mempunyai kebolehan Menukar Rupa?" Mulut Han Gemuk ternganga kerana terkejut.

"Nasib baik dia tak bertukar kepada Sailormoon yang seksi. Kalau tak, ia tentu kelakar!" Zhang Yang ketawa sambil meneruskan hayunan pedangnya untuk menyerang.

"Grrrr…" Harimau Tulang itu mengaum dan melompat ke arah Zhang Yang.

"Jahanam! Bos ini boleh bertukar daripada serangan ajaib kepada serangan fizikal!" Zhang Yang menurunkan pertahanannya dan membiarkan bos itu menyerang dengan gigi taringnya yang besar.

'-405!'

'-417!'

"Haha! Gigit dia! Haha! Pandai harimau ini!" Drizzler bersorak.

"Hei! Budak kecil, aku tiada masalah dengan kau! Kenapa kau cakap begitu?!" Zhang Yang berkata sambil tertawa.

"Hmph! Masalah aku dengan Gemuk ialah mulutnya! Masalah aku dengan kau pula ialah niat kau!" Drizzler mengadu.

"Ya Tuhan…" Han Gemuk menutup mulutnya seperti gaya seorang wanita dalam kekeliruan. Dia kemudian berkata-kata seperti seorang wanita berusia. "Oh Drizzler comel! Sejak bila kau pandai berkata-kata seperti ini?"

"Grr…" Selepas Guranda bertukar menjadi seekor binatang, ia telah kehilangan kebolehan untuk bercakap.

Tiba-tiba, satu cahaya gelap bersinar menerangi jasad harimau tersebut dan kesemua tulang yang terpacak itu menjadi lebih panjang seolah-olah tulang itu akan dilepaskan tidak lama lagi.

Jantung Zhang Yang berdegup kencang dan dia dengan pantas menjerit. "Semua, cepat berdiri di belakang aku!"

'Ding! Guranda telah menggunakan <Serangan Panahan Tulang>. Berterusan selama 10 saat!'

Shush! Shush! Shush!

Pacak yang menyerupai anak panah tersebut terus-menerus dilepaskan daripada belakang badan bos itu dan melayang di udara. Anak panah tersebut membentuk sebuah pusingan besar sambil berkumpul menjadi pusingan yang bertambah besar. Tiba-tiba, kesemua anak panah itu diturunkan dan menghujani tanah seperti hujan anak panah. 

'-191!'

'-194!'

'-189!'

'...'

Mereka semua tidak mampu mengelak serangan tersebut memandangkan ia datang dari langit dan bukannya dari arah hadapan seperti yang Zhang Yang harapkan. Mereka semua mengalami 200 mata kerosakan setiap saat. Mereka bernasib baik kerana Si Salji sangat cekap dalam membaca banyak jampi penyembuhan dan kemahiran pemulihan yang lain. Dia menyimpan <Perisai Suci> untuk sesiapa yang mempunyai HP terendah jika dia tidak sempat memulihkannnya. 

10 saat kemudian, semua ahli pasukan itu telah kehilangan hampir 2,000 HP. Jikalau ia tidak disebabkan oleh kuasa penyembuhan Si Salji yang hebat, mereka semua pasti akan mati. Mereka sebaliknya masih lagi hidup dengan lebih kurang 300 HP. Zhang Yang mempunyai pertahanan yang kuat, HP yang banyak, dan kemahiran mengelak yang menakjubkan, jadi, HPnya masih tinggal lebih kurang 1,500.

"Si Salji, aku perlukan kau untuk memulihkan semua orang ke tahap kesihatan penuh kalau-kalau ada serangan seperti ini lagi! Yang lain-lain, tolong serang dengan lebih pantas! Kita kena paksa ia bertukar ke keadaannya yang asal supaya tiada lagi kemahiran hebat ini!" kata Zhang Yang sambil dia menyerang dengan lebih pantas.

Mereka yang lain turut menyerang hebat bos tersebut. 60%, 55%, 50%... HP bos itu akhirnya hanya tinggal 33%. Cahaya hitam yang sama menyelubungi bos itu dan menyebabkannya kebal terhadap semua serangan.

"Apa pula agaknya yang ia akan jadi kali ini?" kata Han Gemuk dengan mata yang terbeliak.

"Jahanam! AKU SUMPAH KAMU SEMUA! AKU AKAN BUNUH KAU SEMUA! AKU AKAN MUSNAHKAN KAU SEMUA!" Terdengar satu suara kuat dan bos itu akhirnya menunjukkan bentuk asalnya iaitu seekor kala jengking gergasi berwarna merah yang berukuran 7 meter panjangnya.

次の章へ