webnovel

Pertandingan

編集者: EndlessFantasy Translation

"Kawasan pendaftaran ada di depan!"

Selepas berjalan melalui zon taman, Bicky mengambil iniisiatif untuk membantu Leylin mengenali kawasan pendaftaran.

"Pertandingan akademi dibahagikan kepada banyak kategori. Ada pembancuhan posyen, penuaian tumbuhan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pertandingan pertempuran antara acara paling menarik. Mana-mana pembantu paderi boleh ambil bahagian, dan ganjarannya juga sangat lumayan.

"Walaupun pembantu-paderi boleh mengambil bahagian banyak acara, Guru Kroft kata lebih baik kamu menyertai acara pembancuhan posyen!"

Bicky memandang Leylin dengan penuh kerisauan.

"Jangan risau. Saya hanya bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara pembancuhan posyen!" Leylin tersenyum sambil memujuk Bicky.

Leylin tidak ingin bersaing terus dengan pembantu-pembantu paderi gred-lima yang bijaksana. Mereka pastinya mempunyai banyak sokongan guru-guru di belakang mereka, dan membawa artifak-artifak sihir bersama mereka.

Lebih-lebih lagi, hadiah pertempuran yang ditawarkan langsung tidak menarik. Jelas sekali pertandingan ini diadakan sebagai peluang terakhir untuk pembantu-pembantu paderi biasa.

Oleh sebab Leylin hanya menyertai sebagai tanda formaliti semata-mata, dia memilih acara yang paling mudah.

Beberapa meja hitam tersusun di depan kawasan pendidikan. Panji di belakang meja itu mengandungi perkataan seperti Posyen dan Pertempuran.

Banyak pembantu paderi telah berkumpul sekeliling meja untuk mendaftar.

Nampaknya, mereka pembantu-pembantu paderi yang baru bergegas pulang ke akademi.

Leylin berrfikir sebentar sebelum mendaftar dalam acara Posyen.

"Simpan ini! Nombor giliran kamu ialah 32, dan pertandingan akan berlangsung pada pukul 3 petang esok. Sila datang tepat masa dan berkumpul di dalam dewan besar di zon eksperimen 13 untuk mengambil bahagian!"

Kakitangan pentadbiran yang memakai jubah kelabu menyerahkan sehelai kertas kepada Leylin bersama dengan kad nombornya.

"Seterusnya!"

Mendengarkan suara kakitangan berjubah kelabu yang tidak sabar itu, Leylin menggosok hidungnya dan berjalan pergi.

"Mari kita raikan di restoran!" Leylin berkata pada Bicky yang berada di sebelahnya.

"Lebih baik kalau saya bayarkan, sebagai sambutan pertemuan kita selepas sekian lama!" Bicky kelihatan gembira.

...

Pada hari kedua, Leylin tiba 5 minit lebih awal di Dewan 13.

Pada waktu ini, banyak pembantu paderi posyen sudahpun menunggu di sini. Ada yang kenal Leylin, tersenyum dan menyapanya, manakala ada beberapa muka yang tidak dikenalinya.

Ini bukan sesuatu yang pelik kerana kebanyakan ahli sihir mengurung diri mereka dalam makmal eksperimen untuk menjalankan eksperimen, terutamanya mereka yang mengamalkan Posyen dan Alkimia.

Merlin dan Bicky juga berkumpul bersama sambil tersenyum pada Leylin.

* Ding Ling Ling! * Dengan bunyi loceng yang kuat, bayang berjubah hitam muncul di hadapan kumpulan itu.

"Magus rasmi!" Leylin berkata perlahan. Walaupun kebolehannya tidak sama seperti dulu, berbanding dengan seorang Magus rasmi, dia masih seekor semut.

Cip A. I. juga tidak dapat membantu, memandangkan kuasa medan pertahanan yang mengelilingi Magus rasmi menghalang bacaannya.

"Kamu semua masuk ke dalam dewan utama dan pergi ke kawasan yang telah ditetapkan pada kad nombor masing-masing. Saya hanya akan menunggu 5 minit, dan sesiapa yang tiada di sana akan disingkirkan!"

Suara bayangan berjubah hitam itu sangat serak dan tidak senang didengar.

Selepas ucapannya, Magus berjubah hitam itu menggoyangkan jubahnya, dan badannya terpisah berubah menjadi kelawar yang tidak terkira jumlahnya, dan terbang pergi.

Pembantu-pembantu paderi yang hadir memandang di antara satu sama lain.

* Bang! * Seluruh dewan berkumpul and bersesak-sesak masuk ke dalam dewan utama,

Walaupun Leylin tidak tergesa-gesa, badannya ditolak oleh orang ramai ke dalam dewan itu.

Setelah berusaha keras, dia berjaya sampai ke meja eksperimennya.

Nombor 32 tertulis atas sudut meja putih suci. Terdapat juga herba, bahan-bahan dan sehelai kertas di atas meja itu. Dengan sekali hidu, Leylin serta-merta tahu itu bahan-bahan keperluan untuk posyen penyembuhan.

"Lima minit sudah tamat, mana-mana pembantu paderi yang belum menjumpai tempat mereka dianggap tidak layak!"

Magus berjubah hitam itu bersuara sekali lagi. Pada masa yang sama, tangisan daripada banyak pembantu paderi dapat didengari.

Leylin ternampak seorang yang malang di tepinya, hanya satu langkah daripada mejanya, dipegang oleh kelawar hitam dan dicampak keluar dari dewan.

"Topik kali ini adalah pembancuhan posyen penyembuhan! Formula dan bahan-bahan ada di atas meja eksperimen, dan kamu mempunyai 3 jam…"

Selepas menangani kumpulan pembantu paderi yang tersingkir, Magus berjubah hitam itu bersuara sekali lagi.

"Setiap langkah kamu ada di bawah pengawasan saya, jadi jangan cuba untuk menipu. Kalau tidak, saya akan berikan kamu pangajaran berdarah!"

"Seperti yang dijangkakan!" Leylin mengutip helaian kertas itu, dan sememangnya kertas itu mengandungi formula posyen penyembuhan.

"Posyen asas seperti ini telah saya bancuh banyak kali sehingga saya ingin muntah!"

Leylin berasa sangat kecewa tetapi dia masih mengangkat bikar…

Bagi orang luar, pergerakan Leylin sekarang serupa standard buku teks. Lengannya kuat dan tidak menggeletar. Semasa pembancuhan, setiap tindakannya penuh pergerakan unik.

* Drip! *

Setitik cecair hijau dijatuhkan dalam tabung uji, dan seluruh tabung uji itu menjadi merah sebentar.

"Dah siap!" Leylin melihat rakaman masa Cip A. I., "1 jam 20 minit? Nampaknya saya sudah berkarat sedikit!"

"Sangat bagus, dah siap!"

Kelawar hitam segera terbang ke meja eksperimen Leylin dan memeriksa posyen Leylin.

"Tuan!" Leylin menunduk segera.

"Saya kenal kamu! Bukankah kamu Leylin? Perantis kepada si tua Kroft! Syurga memang tidak adil, dia sudah mempunyai perantis yang hebat, Merlin, namun sekarang, syurga masih menghantar kamu pada dia…"

Kelawar itu mengenali Kroft, dan bergumam dari tepi. Leylin diam sahaja sepanjang masa itu.

Leylin tidak merancang untuk menjalin hubungan dengan seorang Magus, dan dia juga tidak mempunyai kemampuan itu.

"Baik! Biar saya hidu posyen kamu!"

Melihat Leylin yang senyap seperti kayu, kelewar itu pun mengutuk sebentar sebelum bersuara tiba-tiba.

Leylin membuka penutup tabung uji itu and meletakkannya di bawah kepala kelawar.

"En! Posyen penyembuhan! Kualiti yang sangat bagus! Budak, kamu telah lulus!"

Kelawar itu agak menyesal dan berkata dengan tidak senang, "Leylin, Pertimbangkan untuk menukar guru dan sertai saya…"

Leylin hanya boleh tersenyum gembira terhadap kata-katanya.

...

Pertandingan Posyen berlangsung selama 2 hari dan 1 malam.

Nasib baiklah pembantu-pembantu boleh memanipulasi partikel tenaga untuk menguatkan tubuh mereka, jadi mereka mampu bertahan sepanjang masa pertandingan itu.

Leylin juga membancuh posyen dalam tempoh masa 2 hari ini.

Bersama dengan persaingan sengit pertandingan, topik-topik yang diberi oleh akademi semakin sukar. Bicky telah tersingkir dalam pusingan ketiga. Akhirnya, mereka maju ke posyen-posyen pemula.

Melalui ujian-ujian ini, Leylin membezakan dirinya, lebih tinggi dari yang lain, dan maju dalam pertandingan itu bersama seniornya, Merlin.

Untuk pusingan terakhir, mereka perlu membancuh Air Cahaya Hofdor. Ia sejenis posyen penyembuhan yang mampu merawat kecederaan daripada sihir tenaga negatif. Di kalangan posyen-posyen pemula sekalipun, ia amat sukar untuk dibancuh.

Walaupun Leylin mempunyai keyakinan untuk membancuhnya dengan sempurna bersama bantuan Cip A. I., dia sengaja membuat kesilapan dan kalah pada Merlin sebagai tempat kedua untuk menyembunyikan dirinya.

Pada waktu tengah malam, Leylin pulang ke asramanya dan membuang ganjaran hadiah kedua, Posyen Pembakaran Berapi.

Ia sejenis posyen serangan yang mempunyai kekuatan 8 hingga 9 darjah, yang boleh dianggap sebagai muslihat kemenangan yang amat baik untuk seorang pembantu paderi tahap 3. Walau bagaimanapun, posyen ini tidak bernilai di mata Leylin.

Sejak satu tahun yang lalu, dia sudah boleh membancuh posyen seperti ini dengan sendirinya.

"Akhirnya ia sudah tamat. Seterusnya untuk bersedia bersungguh-sungguh bagi pertumpahan darah aras rahsia!"

Mengenai pertumpahan darah di antara beberapa akademi, hal itu tidak akan berlalu dengan begitu cepat seperti pertandingan akademi ini.

Di dalam pertandingan pertempuran sekolah sekalipun, terdapat juga pembantu-pembantu paderi yang kehilangan nyawa akibat kemalangan.

Tetapi, pada pertumpahan darah ini, pertemmpurannya dua lawan satu, dan matlamat musuh ialah untuk memusnahkan Akademi Abyssal Bone Forest.

* Dong Dong Dong! *

Sedang dia berfikir, Leylin terdengar ketukan di pintunya.

"Siapa itu? IMalam sudah lewat!" Leylin agak marah semasa membuka pintu.

"Saya!" Seorang gadis berjubah berdiri di luar pintunya dan bersuara menggoda.

"Kamu… Bic…" Sebelum Leylin dapat menghabiskan ayatnya, bibirnya sudah ditutupkan. Pintu itu tertutup dan jubah Bicky tertanggal, mendedahkan badannya yang telanjang dan provokatif.

"Ini… Apa yang sedang berlaku?"

Selepas Leylin kembali sedar, dia sudah berada atas katilnya dengan seorang gadis yang sedang bergeliang-geliut di atasnya.

Merasai keseronokan dalam badannya, Leylin menahan diri daripada memegang pinggang Bicky, yang membuat gadis itu berhenti bergerak, "Mengapa kamu buat begitu?"

"Kerana… Saya tidak dapat memikirkan cara yang lebih baik untuk menghiburkan kamu! Leylin! Jangan bersedih! Kekalahan ini hanya sementara…"

Bicky mencebik manja.

"Saya…"

Leylin kehilangan kata-kata. Kalau dia dapat melihat cermin, dia pasti sedang senyum gembira.

Dia sengaja kalah, namun dia tidak terfikir gadis bingung ini, Bicky, akan diperdaya olehnya. Memikirkan yang Leylin akan berasa sedih, dia menawarkan dirinya untuk menghiburkan Leylin.

Pada masa yang sama, Leylin telah hilang harapan terhadap amalan liar di dalam dunia ini.

"Baik! Macam mana dengan Fayle? Bukankah kamu teman wanita dia?"

Leylin bertanya.

"Dia tidak akan tahu. Selain itu, sebelum berkahwin, saya mempunyai kebebasan saya!" Bicky mendedahkan senyuman yang menggoda dan mula menggerak-gerakkan pinggangnya.

"Jadi, apa yang berlaku selepas berkahwin?" Leylin agak marah dan mempercepatkan pergerakannya.

Gadis jelita itu mencungap sebentar sebelum berkata, "Kah… Selepas perkahwinan, saya perlu menjaga badan saya untuk Fayle!"

Leylin sekali lagi menusuk dengan kuat, yang membuatkan Bicky meraung dengan suara yang nyaring. Kemudian dia jatuh dalam pelukan Leylin, seolah-olah tulangnya telah dikeluarkan.

"Kamu benar-benar… Hebat! Selepas saya melahirkan anak Fayle dan disahkan dengan ujian darah, bila-bila masa yang kamu inginkan, kamu boleh cari saya…"

Muka Bicky berubah menjadi merah, dan meletakkan kepalanya dalam lengan Leylin.

"Apa ini? Saya terlebih dahulu menjadikan Fayle lelaki yang dayus?"

Leylin berfikir dalam mindanya sambil memegang buah dada Bicky dengan tangannya, dan mula bergerak dengan liar.

Pada keesokan paginya, Leylin menggosok-gosok badan gadis yang telanjang itu, dan tidak tahu sama ada mahu ketawa atau nangis, "Saya tidak terfikir saya akan menjadi seorang kawan yang membawa faedah…"

次の章へ