webnovel

Organisma Mutasi

編集者: EndlessFantasy Translation

Musim sejuk telah berlalu dan tiba cuaca panas.

Leylin dapat melihat titik-titik hijau yang amat kecil dari jauh ketika dia berdiri di vila. Di ladang yang berdekatan, terdapat petani yang sedang bekerja dengan tekun.

"Satu tahun telah pun berlalu; Saya sudah berusia 15 tahun sekarang!" Dia memegang ambang jendela, matanya tidak keruan. 

Semua Daun Hove Violet yang terdapat di Bandar Malam yang Ekstrem telah dibeli olehnya. Dengan pembancuhan yang berterusan, dia berjaya mendapat 5 Posyen Azure, dan meningkat kekuatan rohaninya ke 5.8.

Malangnya, jika Leylin menggunakan sebarang posyen secara berlebihan, ia akan memberi akibat kepada sistem dalamannya dan kemujaraban posyen itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Pada mulanya, dia membuat anggaran yang daya rohani dia akan mencapai 5.9. Walau bagaimanapun, ia jatuh sebanyak 0.1 tanpa sebab.

"Sekarang, saya hanya boleh berharap pada Fraser dan yang lain untuk membeli bahan itu."

Leylin berehat di tepi jendela. Dia mengambil seikat beri merah dari meja dan memakannya sebagai makanan ringan.

"Berbanding pembantu-pembantu paderi lain, saya sentiasa mengalami peningkatan yang tinggi. Lagipun, waris daripada keluarga besar tidak boleh mengambil posyen tanpa henti. Lebih-lebih lagi, ini posyen yang berharga dan dapat meningkatkan daya rohani."

Dalam masa sebulan, Leylin sudah mengejar pembantu-pembantu paderi gred-lima.

"Nasib baik saya berada di luar akademi. Baru saya dapat teruskan eksperimen tanpa risau dan guna posyen-posyen sebegini!" Leylin bergembira.

"Bagaimanapun, walaupun peperangan berakhir sekarang, saya tidak berani untuk kembali ke akademi. Saya mesti, sekurang-kurangnya, tunggu sehingga tempoh misi selama 3 tahun ini berakhir. Barulah munasabah untuk saya pulang ke akademi.

Pada masa itu, Leylin menganggar yang dia akan menjadi pembantu paderi tahap 3. Selain daripada profesor, dia akan mempunyai kuasa dan dia boleh naik pangkat sebagai ahli yang penting. Lagipun, dia akan mempunyai masa yang cukup untuk memikirkan beberapa penjelasan untuk menutup jejaknya.

"Tuan! Seorang utusan daripada tuan bandar tiba dengan satu jemputan." Anna mengetuk pintu, dan masuk ke bilik selepas kebenaran Leylin.

Wajahnya kelihatan muda seperti biasa, tidak pernah berubah kerana sihiran Magus.

"Jemputan?" Leylin agak ragu. Dia tidak mempunyai banyak hubungan dengan Viscount Jackson selama ini.

Selepas melihat pengumuman itu, "Satu perhimpunan? Mengenai jemputan itu, ia secara khusus telah menjemput Murphy dan rakan-rakannya yang terdiri daripada para pembantu paderi!"

Leylin mengagak, "Adakah ini betul? Bantuan para penyihir diperlukan? Sesuatu yang misteri telah berlaku?"

"Anna, sediakan kereta kuda dan satu set pakaian rasmi untuk saya. Saya perlu berangkat."

Leylin berkata. Mengenai Satria Agung seperti Viscount Jackson, yang juga merupakan Pemerintah Bandar Malam yang Ekstrem, ia bagus untuk seorang pembantu paderi berdiam diri daripada melawan perintahnya. Leylin tidak mahu bersikap buruk dengannya.

Lebih-lebih lagi, Leylin boleh meluang masa untuk perhimpunan ini kerana dia tidak ada apa-apa perkara penting buat sementara waktu. Bekalan Daun Hove Violet pun berkurangan baru-baru ini.

"Saya boleh ikut serta! Lagipun, sudah lama saya tidak bertemu dengan Murphy!"

Di tengah-tengah Bandar Malam yang Ekstrem, bangunan seperti istana yang terbina dengan batu-bata kelabu itu kelihatan sangat luar biasa. Terdapat ramai tentera yang meronda kawasan itu, di mana prestijnya terserlah.

* Ta-Ta! * Sebuah kereta kuda hitam tiba-tiba berhenti di hadapan istana tuan bandar. Seorang pemuda bangsawan berambut coklat melangkah turun dari pintu kereta kuda. Dia kelihatan agak kurus, tetapi matanya penuh dengan semangat.

Pada masa yang sama, kereta kuda lain, yang perbuat dari kayu coklat merah, turut berhenti. Dari itu keluar seorang lelaki tua yang berjanggut putih bersama senashkah buku. Dia memancar aura seorang ilmiah.

Selepas melihat Leylin, setiap kerutan pada muka lelaki tua itu berkurang dan akhirnya dia senyum kepada Leylin. Dia mendepangkan tangan dan memeluk Leylin sambil berkata, "Lama tidak jumpa awak, kawan!"

"Saya sangat senang bertemu dengan awak, Cendekiawan Murphy!" Leylin tersenyum ketika dia memeluk lelaki tua itu dengan lembut.

Hubungannya dengan Murphy cukup baik. Walaupun lelaki tua ini mempunyai masalah, tetapi pengalamannya telah membantu Leylin dalam cara yang positif. Ketika Leylin tiba di Bandar Malam yang Ekstrem dahulu, Murphy yang sering membantu Leylin.

Kedua-dua mereka berbual. Mereka masing-masing memapar kad jemputan yang diterima oleh mereka sambil berjalan ke arah pintu masuk.

Seorang pelayan rumah telah mendahului Leylin dan Murphy melalui taman dan membawa mereka ke ruang tamu bersaiz kecil.

Beberapa pembantu paderi sudah pun tiba dan Leylin mara ke arah mereka untuk bertegur sapa. Terdapat sofa bulat di tengah-tengah ruang tamu bersama meja mahogani di pusatnya. Ia seolah-olah memberi maksud kesaksamaan antara status dan tahap.

"Selamat datang, rakan-rakan!"

Viscount Jackson yang kelihatan tegap masuk. Dia kelihatan sama seperti dahulu kecuali beberapa helaian uban di belakang telinganya. "Tuan bandar!" Semua pembantu paderi menunduk kepala.

"Mari sini, tidak perlu formal sangat! Sila duduk!" Viscount Jackson duduk di atas sofa manakala pembantu rumah yang memakai blaus potongan rendah itu sedang menghidangkan teh merah bersama kek dan biskut sebagai makanan ringan untuk tetamu.

"Kenapa kelihatan seperti persidangan dan minum petang?" Walaupun dia mempunyai keraguan, Leylin mendiamkan diri.

Viscount Jackson dan para pembantu paderi duduk dalam bulatan, dan dari semasa ke semasa, mereka berbincang tentang berita terkini. Pada keseluruhannya, atmosfera itu agak mesra.

"Sayang sekali, Viscount Jackson terkenal sebagai orang yang dingin. Ketika rusuhan di bandarnya, Viscount Jackson mengarahkan pembunuhan beramai-ramai malah menggantung semua kepala mangsa di atas kayu..."

Leylin masih beramah mesra dengan mereka, tetapi dalam hati dia berkata, 'Sewajarnya, seseorang itu perlu mempunyai kuasa yang sama rata untuk berinteraksi secara harmoni!'

"Ya, baru-baru ini, Baron Fey bersedih kerana isu-isu kedai ubat!" Viscount Jackson terlepas cakap sambil berbual biasa.

"Kami juga mendengar khabar mengenai hutan layu di Hutan Malam yang Gelap. Kami belum mencari penyelesaian untuk hal itu!" Seorang pembantu paderi bersuara, menunjuk minat untuk membincangkan topik ini secara mendalam.

Murphy berkerut, "Saya pasti tuan Viscount mempunyai jalan penyelesaian, betul?"

Walau bagaimanapun, Viscount Jackson tersenyum sinis, "Rakan-rakan yang saya hormati! Saya telahpun menghantar sebilangan burung gagak untuk memberi maklumat mengenai hal ini kepada semua keluarga diraja, tetapi sampai sekarang saya belum mendapat kata balas daripada mereka… saya benar-benar buntu sekarang!"

"Keluarga diraja?" Hatinya Leylin berdebak-debuk. Keluarga diraja yang mendalangi Kerajaan Poolfield disokong oleh Akademi Abyssal Bone Forest. Hubungan antara kedua-dua pihak ini agak rumit. Misi ini yang timbul di Akademi Abyssal Bone Forest tidak lagi aneh.

Dia juga wakil yang dihantar oleh Akademi Abyssal Bone Forest untuk memperbetulkan masalah ini, tetapi dia kurang berminat mengenainya. Dia akhirnya memaksa Viscount Jackson untuk meminta bantuan daripada kumpulan pembantu paderi ini.

Walaupun dia tersenyum sinis dalam hati, Leylin hanya menunjuk muka yang bersahaja di hadapan mereka. Dia mengambil secawan teh panas dan menghirupnya, tanpa sebarang niat dalam hati.

"Adakah hanya makhluk berpangkat tinggi yang telah mengalami mutasi? Adakah tuan tidak dapat selesaikan masalah ini?" Seorang lelaki berambut merah, pertengahan umur bertanya.

Leylin kenal orang ini; dia telah membuka sebuah kedai pakaian di Bandar Malam yang Ekstrem dan Leylin mempunyai banyak baju yang dibeli olehnya daripada kedai itu.

Penduduk bandar pun tahu yang pemilik kedai pakaian ini ramah. Lelaki pertengahan umur ini juga mempunyai seorang anak perempuan yang cantik. Tetapi mereka tidak pernah tahu yang dia seorang penyihir.

"Kebenarannya, saya pernah menyerangnya sekali! Saya juga pernah membunuh makhluk jenis cicak itu, tetapi ia tidak membantu banyak mengenai kes hutan layu itu!" Viscount Jackson melibas tangannya.

"Pada masa ini, kawasan hutan layu telah merebak sebesar dua kampung. Jika hal ini berterusan, ia akan memberi kesan kepada seluruh Hutan Malam yang Gelap. Apabila hal ini berlaku, ia mustahil untuk memetik herba dari sana di masa yang akan datang!" Viscount Jackson menggenggam tangannya.

Industri herba merupakan sumber ekonomi utama Bandar Malam Ekstrem. Setiap tahun istana tuan bandar memperoleh cukai yang tinggi daripada hasil perdagangan ini. Kini pendapatan cukainya telah berkurangan secara drastik. Tidak hairan mengapa Viscount Jackson tidak dapat duduk diam.

"Bolehkah tuan memberi kami untuk melihat komposisi badan cicak itu?" Bertanya Murphy.

"Ya!" Viscount Jackson menepuk tangannya, dan seorang pembantu berambut emas membawa dulang perak. Terdapat beberapa sisik yang terpampang di atasnya.

Para pembantu paderi di sekelilingnya itu masing-masing mengambil sehelai sisik: Leylin turut serta.

"Cip A.I.! Imbas!" Sisik kuning coklat itu bersaiz ibu jari dan ia sejuk.

[Telah terkesan sebagai sisik makhluk mutasi, dianggar sebagai sejenis cicak mutasi di Kerajaan Poolfield! Permukaan keluarkan pancaran yang sederhana, kualitinya agak comot, bahan boleh ekstrak telahpun termusnah, tidak berguna sebagai bahan komponen!]

Cip A.I. sampaikan maklumat selepas pengimbasan.

"Tidak hairan mengapa ahli sihir di ngarai masih berdiam diri! Makhluk ini tiada gunanya kepada ahli sihir. Siapa yang sanggup bertanggungjawab terhadap hal sebegini!" Leylin sedar Magi hanya mengutamakan keuntungan. Mereka tidak akan melakukan apa-apa yang tidak memberi faedah.

Kes hutan layu berlaku di sempadan Bandar Malam yang Ekstrem. Sekiranya terdapat apa-apa faedah atau ahli penyihir yang berminat dengan makhluk itu, sudah pasti hal ini telah diselesaikan oleh pembantu-pembantu paderi di kawasan gaung.

Hanya ada satu sebab di sebalik kelewaan mereka untuk bertindak: hanya masalah yang akan timbul jika mereka cuba mencari penyelesaian. Walaupun kemungkinan besar ia akan memberi faedah, ianya hanya dalam jumlah yang sangat kecil dan tidak dapat menampung kerugian yang berpotensi. Ini sebab utama mengapa tiada sesiapa pun yang ampur tangan dalam hal ini.

"Sayang sekali! Ia bukan makhluk yang diperlukan oleh ahli sihir. Ia hanya organisma yang bermutasi, yang tiada guna kepada mereka!" Murphy berkata dan meneliti sisik itu untuk beberapa kali. Dia mencapai kesimpulan yang sama seperti Leylin.

"Bagaimana keadaannya? Ada apa-apa penyelesaian?" Viscount Jackson menunjuk ekspresi yang penuh dengan harapan sambil memandang tetamunya.

"Kebanyakan organisma yang bermutasi terhasil kerana pendedahan yang lama di persekitaran. Tanpa maklumat terperinci dan penyelidikan, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan! Lebih-lebih lagi, saya tidak fikir makhluk ini penyebab utama untuk hutan layu itu."

Murphy menggeleng kepalanya.

"Saya sanggup memberi 30 kristal ajaib kepada setiap orang, dengan tambahan sebanyak 5000 duit syiling emas untuk mereka yang boleh tinjau kawasan itu. Bagaimana? Ini permintaan saya kerana kita semua kawan lama!"

Viscount Jackson melihat setiap orang di bulatan dan perasan yang para pembantu paderi lain tidak berminat. Dia memaksa diri untuk berkata begitu.

"Kerana ia membuat tuan Viscount risau, saya pasti tidak akan menolak permintaan awak!"

Kata Murphy dengan begitu berat hati.

次の章へ