webnovel

Ketibaan

編集者: EndlessFantasy Translation

"Great Plains of Death memang susah untuk orang biasa lalu!"

Leylin duduk di dalam kereta kuda sambil badannya melambung ke atas dan bawah mengikut rentak pergerakan. Tingkap kecil terbuka di mana sinaran matahari keemasan menyelinap masuk, mengundang kembali keceriaan dalam gerabak itu.

Sudah lebih sepuluh hari sejak serangan kawanan canis dirus. Sepanjang sepuluh hari itu, kumpulan pengembaraan ini telah bertembung dengan pelbagai jenis bahaya apabila mereka masuk dengan lebih dalam ke dataran itu.

Hanya sekarang Leylin tahu yang kawanan canis dirus di dataran ini berada di bahagian terbawah dalam rantai makanan. Banyak lagi pemangsa yang licik dan jahat selain dari mereka.

Ketika dalam perjalanan, Leylin menemui beberapa koloni haiwan lain yang bilangannya tidak jauh beza dengan jumlah kawanan canis dirus sebelum ini.

Selain daripada kawanan canis dirus, terdapat kawanan burung hitam besar yang bertubuh beberapa meter tinggi dan juga raksasa yang sangat besar di mana saiznya berpuluh-puluh meter panjang, yang kelihatan seperti harimau sabre-tooth dan mempunyai badan sebesar sebuah gunung yang kecil. Leylin berasa lemas dengan aura-aura kawanan haiwan tersebut.

Nasib baik, bilangan kematian perantis telah mencapai had dan Magi berjubah putih telah mula bertindak. Bukan sahaja mereka menubuhkan kumpulan pertahanan ajaib pada kereta kuda, malah mereka juga terus meluru ke hadapan untuk menyuraikan kawanan haiwan yang menyerang. Oleh sebab itu, jumlah pengorbanan yang tinggi berjaya dicegah.

Waktu yang paling bahaya apabila mereka berhadapan dengan raksasa yang berpuluh-puluh meter panjangnya.

Nasib baik, raksasa yang seakan gunung kecil itu seperti mempunyai kepintaran dan tahu magi berjubah putih itu tidak boleh dipandang remeh. Ia berlalu pergi selepas satu pertarungan pendek dan tidak melakukan sebarang serangan, menyebabkan semua ahli kumpulan pengembaraan itu mengeluh lega.

"Sudah tiba masanya!" Leylin mengeluarkan jam tangan poket dan melihat kedudukan jarum. Ia hampir jam 3.

Dia berdiri dan membuka pintu hadapan gerabak. Angin lembab meniup ke arahnya, membawa bau masin bersama. Bauan itu sangat segar dan bersih sehingga Leylin tidak dapat menahan dirinya menarik nafas beberapa kali sebelum mengambil kedudukan di sebelah Angelo.

"Selamat tengah hari, Encik Angelo!"

"Selamat tengah hari! Lelaki yang mulia dan sopan!" Angelo menjawab tanpa berpaling sambil menyerahkan pengawalan kuda kepada Leylin, "Tepat sekali masa kamu tiba, saya perlu berehat seketika!"

Leylin ketawa semasa menerima cemeti kuda itu, lantas mengendali gerabak kuda itu dengan penuh mahir.

Angelo bersandar pada satu sisi sambil mengambil botol di pinggangnya. Sebaik sahaja dia membukanya, bau alkohol yang kuat meletus keluar. Sambil menundukkan kepalanya untuk meneguk, matanya terpancar bahagia.

"Kita sudah hampir sampai ke destinasi. Oleh sebab awak telah menolong saya memandu kereta kuda ini selama sebulan, saya akan jawab dua soalan awak!"

Leylin ketika itu sedang menikmati pandangan di kedua-dua belah jalan ketika suara Angelo kedengaran.

"Baik!" Leylin tersenyum kecil. Dia telah cuba sedaya upayanya untuk mendapat perhatian Angelo dan ini salah satu sebab disebalik perbuatannya.

"Soalan pertama saya, apa yang ada di penghujung destinasi kita?"

"Beberapa buah khemah sementara yang disediakan oleh pelbagai akademi Magus. Di sana, kamu semua boleh memilih akademi yang kamu ingin sertai secara bebas berdasarkan minat masing-masing dan juga menjalani ujian bakat yang lebih tertumpu!"

Angelo tergesa-gesa menjawab, "Semua benda ini akan diterang oleh ahli Magi yang hebat apabila kita tiba nanti. Jangan sia-siakan peluang awak!"

"Ujian bakat tertumpu?" Leylin terkejut. Tidak lama selepas itu, dia teringat meraka hanya mengenal pasti bakatnya dalam ilmu ajaib sebelum dihantar ke kereta kuda oleh Viscount. Jika ingin dibanding bakat dia dengan orang lain, dia masih buntu dan tidak mempunyai sebarang maklumat tentangnya.

'Khemah sementara yang disediakan oleh akademi Magus? Ia menyerupai pengambilan sekolah di dunia sebelum ini. Aku tertanya-tanya apakah syarat dan kelayakannya.' Leylin berfikir sendirian.

"Baiklah! Soalan kedua saya! Pada pendapat encik, apa itu Magus?"

Leylin bertanya soalan keduanya.

"Seorang Magus? Mereka mengawal kuasa yang besar dan mengejar kebenaran, dengan pertukaran setara sebagai prinsip utama mereka. Budak nakal, jangan awak mimpi boleh dapat manfaat percuma daripada seorang Magus atau api keinginan itu akan menghukum jiwa awak nanti!"

Muka Angelo berkerut seolah-olah teringat gambaran peristiwa buruk, sambil suaranya menjadi sangat perlahan.

"Mengejar kebenaran, pertukaran setara? Saya suka!" Leylin tersenyum sinis.

Selepas soal jawab itu, Angelo kelihatan telah hilang minat untuk berbual lagi. Dia meneguk dua mulut penuh minuman keras itu sambil menurunkan kepalanya dan menutup matanya. Sepuluh minit kemudian, kedengaran bunyi berdengkur.

Leylin bosan dengan pemandangan di hadapan matanya itu. Walaupun dataran itu sangat cantik, setelah melihatnya selama satu bulan, dia rasa muak dan mual dengan pemandangan itu.

"Ini..."

Semakin gerabak kuda itu terus maju, warna kehijauan di belakang semakin lama semakin menjauh. Pemandangan biru yang luas kelihatan dan gelombang demi gelombang angin yang kuat saling bertukaran.

"Akhirnya kita telah tiba, Pantai Mati!"

Angelo yang tidur tadi membuka matanya dan melihat Leylin, "Kita telah tiba ke destinasi kita!"

Semakin dekat mereka menuju ke arah lautan, sebuah kota kecil kelihatan di satu sudut semakin hampir.

Pelbagai bentuk dan saiz khemah yang didirikan bersama dan membentuk sebuah tapak perkhemahan yang besar. Tapak perkhemahan itu dikelilingi dengan berpuluh-puluh gerabak yang sama seperti Leylin pandu sekarang.

Terdapat ramai pembantu paderi yang lebih kurang sama umur dengan mereka, antara tiga belas ke empat belas tahun. Setiap seorang mempunyai riak muka ingin tahu tentang akademi Magus ini. Leylin membuat pengiraan kasar dan mendapati beratus-ratus pembantu paderi memenuhi seluruh tapak perkhemahan itu. Dari semasa ke semasa, beberapa pembantu paderi berjalan keluar dari khemah-khemah itu, dengan pelbagai riak wajah yang berbeza menghiasi wajah mereka.

"Baiklah! Puan-puan dan Tuan-tuan! Selamat datang ke tapak persinggahan sementara untuk lokasi pengembaraan kita, Pantai Mati! Kamu semua akan membuat keputusan akademi mana kamu semua ingin sertai dan mengikut akademi pilihan kamu semua bersama-sama dengan guru-guru berkenaan untuk melatih ilmu ajaib!"

Gerabak kuda itu berhenti dan ketiga-tiga individu berjubah putih itu keluar dan mengumpul semua pembantu paderi dan ketua mereka iaitu Crow mula berhujah.

"Sekarang, ikut saya ke tapak perkhemahan itu untuk memilih akademi. Ingat, kamu semua boleh memeriksa pelbagai akademi, tetapi sebaik sahaja kamu tandatangan kontrak untuk menyertai akademi tersebut, kamu tidak boleh mungkir janji! Sesiapa yang memungkiri janji akan digantung sampai mati di pintu pagar hadapan tapak perkhemahan itu!"

Hujahan Crow itu membuat pembantu-pembantu paderi takut.

"Haha! Crow! Lambatnya kamu semua hari ini!" Kedengaran suara seseorang yang gemuk keluar daripada tapak perkhemahan itu. Dia juga memakai jubah putih, dan dia menegur, "Jangan takut-takutkan orang-orang baru yang comel ini!"

"Ada masalah dalam perjalanan tadi!" Crow menjelaskan.

"Baiklah! Orang-orang baru! Ikut saya ke tapak perkhemahan!" Si Gemuk itu berbual dengan Crow dan lain-lain untuk seketika, kemudian memalingkan kepalanya dan menjerit ke arah Leylin dan yang lain.

"Kamu semua boleh panggil saya Jevon, salah seorang ahli Ennea Ivory Ring Tower yang indah. Percayalah, jika kamu ingin memilih sebuah akademi, Ennea Ivory Ring Tower ialah pilihan yang terbaik!"

Umum Jevon sambil membawa pembantu-pembantu paderi itu ke tapak perkhemahan.

Sebaik sahaja mereka memasuki tapak perkhemahan itu, pelbagai suara kedengaran, mengingatkan Leylin tentang pasar di dunia sebelum ini. Manakala Crow dan dua lagi individu berjubah putih itu telah meninggalkan kumpulan itu, kerana mereka mempunyai sesuatu untuk dilakukan.

Kawasan sekeliling penuh dengan aktiviti, berpunca daripada pembantu-pembantu paderi seperti mereka. Terdapat beberapa kumpulan yang berkumpul dalam bentuk bulatan, manakala yang lain kelihatan keluar masuk tapak perkhemahan itu.

Jevon membawa Leylin dan lain-lain, lebih kurang 40 orang yang ganjil, ke tengah-tengah tapak perkhemahan itu.

Di sini, terdapat satu khemah putih yang besar dan terdapat corak-corak bunga yang ganjil di permukaan luar khemah itu. Corak-corak itu kelihatan seperti hiasan, tetapi ia juga menyerupai tulisan.

Leylin tidak dapat menahan dirinya daripada melihat dengan lebih dekat, "Cip A.I.! Mulakan imbasan!"

[Beep! Membentuk imej!] Cip A.I. menghantar maklumat itu, tetapi dalam bentuk imej yang dibina, tiada apa-apa pada khemah putih itu, seolah-olah corak itu tidak pernah wujud sebelum ini.

"Apa ni?" Leylin merenung khemah itu sekali lagi dengan tidak percaya.

Setiap minit dan saat berlalu, corak-corak di permukaan khemah itu seperti hidup, berterusan menyerabutkan dirinya.

"Hehe!""Haha!""Ji Ji!"

Pelbagai suara kedengaran. Cahaya di sekeliling seperti memeningkan dirinya dan Leylin melihat tangannya. Ketika itu, tangannya kelihatan panjang dan sangat langsing.

"Leylin! Leylin! Kenapa ini?" Ketika itu, bahu Leylin ditepuk.

Seluruh badan Leylin tiba-tiba menggigil dan kembali waras sejurus selepas itu. Melihat sekelilingnya, pembantu-pembantu paderi yang lain masih mendengar hujahan Si Gemuk Jevon dan semua berubah kembali ke keadaan yang asal.

'Mungkinkah tadi itu ilusi?' Leylin berasa takut, "Cip A.I., hasilkan semula situasi aku tadi!"

[Beep!] Satu cahaya biru malap muncul, dan beberapa siri imej awal tadi muncul secara berterusan di hadapan mata Leylin, [Satu anomali di dalam saluran serebrum, satu pemeriksaan serta-merta dicadangkan!]

[Satu anomali ditemui di dalam keadaan Tuan Badan! Tuan Badan dinasihat untuk beredar dari situ!]

[Tubuh badan Tuan Badan telah kembali menjadi normal!] Banyak barisan data terus muncul, membenarkan Leylin pasti ia bukan satu ilusi tadi.

'Phew... Magi, mereka ini memang sentiasa penuh misteri? Leylin mengelap peluh dingin di dahi, masih ketakutan kerana apa yang berlaku tadi.

"Leylin! Teruknya wajah awak! Awak demam ke?" George bertanya pada dirinya.

'Tidak kira siapa, riak muka mereka juga akan sama jika mereka mengalami apa yang berlaku tadi!'

"Tidak... Tiada apa-apa... Di mana Jevon berhenti tadi?" Leylin cepat-cepat menyimpang.

"Oh! Kita kena isi borang, dan mengambil ujian bakat itu! Selepas itu, kita ada masa untuk memilih akademi kita dengan bebas!"

"Kerana kamu semua tiba sehari lambat, kamu hanya mempunyai masa sebanyak satu hari lagi, dan dalam masa ini kamu kena memilih akademi mana yang kamu hendak berlatih ilmu ajaib kamu, kalau tidak, kamu kena tunggu hingga ke tahun depan!" Jevon bercakap dengan kuat di hadapan mereka.

"Sekarang, kamu semua beratur dan ambil borang ini satu per satu dan masuk ke dalam untuk mengambil ujian!"

Jevon duduk di belakang satu meja putih dan mengeluarkan longgokan borang dan meletakkannya di atas meja.

Barisan itu bergerak dengan laju dan akhirnya tiba ke giliran Leylin.

"Sila isi butiran dalam borang ini, masuk ke dalam khemah dan ikut segala arahan individu di dalam!"

Leylin mengambil borang itu dan menyedari ia diperbuat daripada kertas kulit domba. Butiran yang diperlukan hanya sedikit, nama, umur dan tempat kelahiran, dan juga beberapa butiran lain.

Leylin mengambil pen bulu angsa di atas meja itu dan mengisi borang itu dengan cepat.

Corak-corak bunga berdakwat merah yang samar-samar di permukaan kulit domba itu sangat cantik.

"Aku tidak sangka tulisan budak nakal daripada tanah besar ini masih bagus!" Setelah Leylin siap menulis, dia mengangkat kertas kulit domba itu dan masuk ke pintu khemah itu.

"Mari sini!" Kedengaran satu suara orang tua.

Ruang di dalam khemah itu sangat luas dan hanya terdapat seorang perempuan tua berambut putih duduk di atas sebuah kerusi hitam dan bola kristal terletak di atas sebuah meja.

'Okey! Kenapa tiba-tiba aku terfikir tentang perempuan sihir yang selalu menilik nasib itu!'

"Helo!" Leylin menegur perempuan sihir itu.

"Serahkan borang itu!" Ternyata perempuan sihir itu tidak tertarik dengan sapaan Leylin dan suaranya masih dingin.

"Leylin huh? Letak tangan awak di atas bola kristal ini!"

次の章へ