webnovel

Kawanan Canis Dirus

編集者: EndlessFantasy Translation

'Terbaik! Aku dah habis guna semua Buah Ular Tanpa Bunga, jadi aku boleh ambil peluang ini untuk kumpul lagi. Tetapi aku tidak pasti kalau di dataran ini ada tumbuhan seperti itu…'

Leylin berfikir sendirian sambil perlahan-perlahan berjalan jauh daripada kumpulan itu.

'Cip A.I.! Periksa status badan aku!'

[Beep! Leylin Farlier. Kekuatan: 1.6, Ketangkasan: 1.7, Daya Tahan: 1.5, Status: Sihat.]

Cip A.I. menyiarkan maklumat tersebut.

"Tidak banyak peningkatan, hanya sekadar 0.1" Leylin mengerutkan keningnya, "Sejak semua orang mula berehat di dalam gerabak, aku tak jumpa tempat yang sesuai untuk bertapa teknik pernafasan. Tambahan pula, kesan ubat yang digunakan mula berkurangan. Berdasarkan pengiraan, teknik pernafasan pedang salib yang optimum sepatutnya akan membantu aku meningkatkan status fizikal asas aku menjadi 1.9 sebelum mencecah batasan. Selepas itu, aku hanya boleh meningkat selepas aku merangsang tenaga hidup dalaman aku dan menjadi seorang Satria…'

Leylin tetap memerhati perempuan Persekutuan Furze itu dari jauh, sambil dia mencari herba-herba dan bahan-bahan yang berguna.

Selepas seketika, dia kelihatan kecewa.

'Seperti yang aku jangka! Keadaan di sini sangat berbeza, sebab itu Buah Ular Tanpa Bunga tidak boleh hidup di dataran yang berumput ini. Aku tak jumpa apa-apa herba yang boleh mengantikannya!'

"Hey! Leylin! Masa untuk naik semula ke dalam kereta kuda!" Suara George yang kuat kedengaran dari jauh.

"Okey!" Merayau-rayau jauh bersendirian bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga sangat berbahaya. Oleh sebab itu, Leylin berputus asa dengan rancangannya dan pulang semula ke gerabak kuda.

[Amaran! Amaran! Makhluk berbahaya menghampiri!]

Tiba-tiba, suara mekanikal Cip A.I. kedengaran dan perkataan amaran merah terpampang di hadapan mata Leylin, serta-merta menarik perhatiannya.

'Cepat tunjukkan aku peta sekarang!'

Riak muka Leylin tidak berubah, tetapi dia mencepatkan pergerakannya selaju yang boleh, dan tangan kanannya mencengkam kuat pedang salibnya.

Terdapat kumpulan besar titik-titik merah mendekati beberapa kereta kuda mereka, berdasarkan peta maya yang terpampang di depan matanya. Titik-titik itu perlahan-lahan mengelilingi dan mengepung mereka.

[Beep! Berdasarkan pangkalan data, makhluk berbahaya ini mempunyai 97.8% persamaan kepada Canis Dirus!]

"Canis dirus!" Mata Leylin mengecil sebaik sahaja dia teringat kembali data yang dikumpulkan sebelum ini. "Canis dirus: Sejenis serigala yang habitat asalnya di Great Plains of Death. Kejam dan ganas, dan mereka sentiasa memburu secara berkumpulan. Kekuatan mereka dianggarkan di antara 2-3, ketangkasan mereka pula di antara 3-4, dan daya tahan mereka di antara 3-4."

"Kuatnya, mereka bukan binatang yang aku, Satria yang masih dalam latihan boleh lawan!"

Gerak kaki Leylin bertambah lagi pantas, dan dia tergesa-gesa berjalan ke arah George, bercakap perlahan: "Kita ada tetamu. Bahaya semakin hampir!"

George melihat sekelilingnya dan nampak kebanyakan pelajar masih leka dengan urusan mereka. Dia cepat-cepat mencapai botol airnya untuk menyembunyikan tindakannya. "Apa situasi kita?"

"Kawanan canis dirus! Saya perasan jejak mereka!" Leylin bercakap dengan laju dan segera.

"Ok, saya faham!" George meneguk airnya, dan memberi beberapa isyarat tangan yang mudah.

Pemuda-pemuda pasukannya yang telah dipilih menjadi pengiring terkejut buat seketika, tetapi mereka masih ingat isyarat tangan yang telah ditetapkan. Serta-merta, mereka semua bergerak, dan menolak perempuan-perempuan muda itu ke hadapan, dan bisik ke telinga mereka. Operasi itu telah dijalankan dengan senyap dan pantas. Walaupun terdapat beberapa perantis Magus mengetahui sesuatu sedang berlaku dan mengikuti arahan untuk berundur ke gerabak, kebanyakan mereka masih tidak sedar apa yang berlaku.

Kadangkala, apabila bahaya datang, benda yang paling penting sekali ialah memastikan diri sendiri lari lebih laju daripada kawan-kawan yang lain!

"Mari pergi!" Melihat kesemua anggota persekutuan itu selamat berundur, George dan Leylin mengikuti di belakang.

"Leylin, awak sangat bagus dalam meninjau!" George bercakap dalam nada yang rendah kepada Leylin. Tambahan pula, mereka telah meluangkan masa selama ini dan sudah biasa antara satu sama lain, dan dia tahu Leylin tidak akan bohong dengan perkara seperti ini.

Walaupun semua anggota Persekutuan Furze itu senyap dan mengundurkan diri dengan sistematik tanpa membimbangkan orang lain, beberapa pembantu paderi itu sangat arif, dan cepat-cepat mengundurkan diri.

*Bang* *Bang*!

Satu suara gong yang kuat kedengaran. "Tuan Magus telah mengesan bahaya! Semua pembantu paderi undurkan diri ke gerabak-gerabak kuda!"

Salah seorang lelaki berjubah hitam bersuara dengan kuat memberitahu semua pembantu paderi.

Pembantu-pembantu paderi yang sedang berehat di atas rumput semua terkedu, sebelum mereka memulakan pergerakkan mereka, dan berlari ke gerabak-gerabak kuda.

"Tidak perlu bersembunyi lagi! Cepat lari!" George menjerit sambil menyentap keluar pedang yang terletak di pinggangnya.

Semua anggota persekutuan Furze telah pun peka dengan amaran itu sekarang. Mereka telah berundur agak jauh, dan ada di antara mereka yang pantas telah pun tiba di gerabak kuda tersebut.

"Aaawoooooo!"

Sebaik sahaja bunyi gong itu, kedengaran raungan yang panjang, yang penuh dengan serigala yang dahagakan darah.

Serigala-serigala itu meraung kembali antara satu sama lain; oleh kerana serangan hendap mereka telah ditemui, mereka akan mulakan serangan secara berhadapan sekarang!

Satu demi satu bayang-bayang serigala itu maju untuk menyerang pembantu-pembantu paderi yang sedang melarikan diri itu. Saiz mereka lebih kurang 2-3 meter panjang, dan mereka sangat laju sehinggakan terdapat imej-imej bayangan tertinggal.

"Kawanan canis dirus!" Salah seorang pembantu paderi di belakang menjerit ketakutan.

Sebaik sahaja dia menjerit, satu bayangan hitam menerkam dirinya, dan impak yang kuat ini menyebabkan perempuan muda itu jatuh ke atas tanah. Dengan serta-merta, rahang yang besar dan ganas, penuh dengan gigi yang tajam itu mengigit leher perempuan itu dengan kuat sehingga leher perempuan itu tercabut dan mati dengan wajah ketakutan.

Beberapa pembantu paderi yang sedang lari tertarik dengan jeritan itu dan memandang ke belakang sebelum mencepatkan larian mereka.

Seorang lagi perempuan muda yang sedang menangis dan menjerit-jerit: "Mak! Mak! Saya nak mak saya…!"

"Ishh, budak-budak muda yang menyedihkan, mereka mula hilang kawalan?" Leylin telah pun tiba di salah satu gerabak kuda tersebut, dan melihat semua yang berlaku di hadapannya.

*Swoosh* *Swoosh*

Dan ketika itu, tujuh bayang keluar daripada gerabak-gerabak kuda tersebut, di mana setiap seorang dari mereka mengendali pedang besar, dan menghayun ke udara untuk menyerang kawanan canis dirus itu.

'Satria berjubah hitam! Mereka telah mulakan serangan!' Leylin berfikir kepada dirinya.

Status seekor canis dirus ini secara puratanya ialah 3 dan lebih kurang sama seperti Satria. Walau bagaimanapun, manusia ada kelebihan dan kebolehan dalam mengendalikan senjata, tambahan pula dengan kepintaran mereka. Selain itu, Satria- mempunyai kemahiran rahsia di mana boleh meningkatkan potensi mereka dan juga membenarkan mereka mendapat kuasa yang kuat apabila diperlukan! Jika pertembungan ini antara satu lawan satu ataupun satu lawan tiga sekali pun, canis dirus ini bukan tandingan kepada Satria. Tetapi, dengan bilangan yang ada sekarang…

Leylin sangat risau apabila melihat beratus-ratus titik merah telah mengelilingi mereka. "Sebelum ini, walaupun hanya hampir seratus canis dirus, mereka berjaya sampai ke gerabak-gerabak kuda dan menyebabkan kerosakan. Tetapi kalau nak lawan beratus-ratus canis dirus ini… Mungkin hari ni kita dapat melihat Magi yang selalu mendiamkan diri mereka menunjukkan kebolehan mereka!"

*Psh*! Salah seorang Satria berjubah hitam menghayunkan pedangnya. Ia bersinar satu cahaya perak yang terang di udara kemudian membelah canis dirus itu kepada dua!

"Hehe!" Satria itu menjilat darah di bibirnya, kelihatan sangat ganas: "Mari sini, si kecil kesayanganku!"

"Terima.. Terima kasih, Tuan!" Perempuan kecil yang telah diselamatkan itu berulang-ulang mengucapkan terima kasih kepadanya sambil terus menangis. Ini perempuan yang tidak berhenti-henti memanggil ibunya sebentar tadi.

"Awak ini bodoh ke? Pergi sana sekarang!" Satria itu terus pandang ke hadapan sambil menuju ke arah canis dirus dan menyerang mereka.

Perempuan kecil itu menyedari realiti situasi sekarang, dan terus berlari menuju ke gerabak kuda.

"Cepat! Susun gerabak-gerabak kuda dalam bentuk bulat dan gunakannya sebagai formasi pertahanan, perempuan berdiri di belakang, manakala lelaki angkat pedang kamu semua dan buat perimeter pertahanan!"

Satria berjubah hitam yang berada di tapak perkhemahan menjerit memberi arahan.

"Baiklah!" George orang pertama yang menyahut arahan itu, melompat ke dalam salah satu gerabak itu untuk memberitahu anggota-anggota persekutuan yang lain.

"Masa untuk kita melawan balik untuk nyawa kita!" Leylin menggenggam pedang salib di tangannya dan mengomel keseorangan.

Berdasarkan apa yang dia nampak di hadapan matanya, dia perasan anggota Persekutuan Furze mengalami kehilangan yang paling rendah disebabkan amaran yang cepat, selain beberapa yang tersungkur ketika berlari dan mengalami kecederaan yang ringan, tiada kematian atau kecederaan besar yang berlaku.

Manakala, pembantu-pembantu paderi yang lain banyak telah mati dibunuh ataupun cedera. Contohnya dia dapat tahu kumpulan kecil Ourin telah hilang dua remaja, manakala yang tinggal semua mengalami kecederaan. Nampaknya mereka bertuah dapat melarikan diri dengan nyawa mereka.

"Okey! Kita berjaya menyelamatkan mana yang patut diselamatkan!"

Badan Angelo penuh dengan darah apabila dia kembali daripada formasi pertahanan, dan serta-merta ternampak Leylin yang menggenggam pedang salib dengan kedua-dua tangannya sambil bersedia dalam keadaan kekuda serangan.

"Awak tak takut ke?" Satria berjubah hitam itu bertanya kepadanya.

"Membantu ke kalau saya takut pada waktu sekarang ini, tak kan?" Leylin menjawab. Tangannya menggenggam kuat pedangnya. Tambahan pula, pada hidupnya yang lepas, adegan berdarah ini bukan sesuatu yang biasa dilihat.

"Hehe! Canis dirus ini licik dan pandai, sebaik sahaja mereka tahu yang kita ini bukan sasaran yang mudah dan akan mengalami kehilangan yang lagi banyak, mereka pasti akan lari!" Angelo berkata dengan tenang dan pasif.

Walaupun dia tidak tahu Satria itu cuba menenangkan dirinya, Leylin mengeluh lega.

"Aowuuu!" Beberapa pembantu paderi yang telah terkorban tadi telah lenyap, hanya tinggal bau darah di udara, kawanan canis dirus itu kemudian mengamuk dan menuju ke gerabak-gerabak kuda dengan ganas.

"Mereka datang! Bersedia! Hati-hati semua! Kami akan cuba yang terbaik untuk melindungi kamu semua, tetapi dengan bilangan yang kami ada, mungkin ada di antara kamu yang akan terkorban. Sekarang ini, kamu kena kuat dan bersedia untuk lawan demi nyawa kamu semua!" Suara Angelo kuat sekali kedengaran sambil menghayun pedang besarnya, berdiri di barisan hadapan bersama-sama Satria yang lain.

"BUNUH!" Satria itu menjerit, dan Leylin hanya dapat melihat sinaran cahaya samar-samar datang daripada pedang-pedang besar mereka.

Sebaik sahaja pedang besar itu membelah canis dirus yang sedang menuju ke arah mereka, terdapat lubang besar terbentuk di dadanya, menyebabkan ia berguling-guling ke belakang sambil darah memancut-mancut di udara.

Sementara itu, satu dozen Satria seperti satu kubu yang kukuh, menghalang kesemua canis dirus itu.

"Kita kena lawan juga! Kita kena bantu Satria-satria ini dan kurangkan bebanan mereka!" George menuju ke Leylin dan berkata sedemikian.

"Ya, kalau keadaan ini berterusan, Satria-Satria itu akan terlalu penat untuk bertempur, dan kita semua akan berada dalam keadaan bahaya!" Leylin mengangguk tanda setuju.

Di bawah kepimpinan George, semua lelaki mengangkat pedang mereka dan mengikut di belakang Satria, dan menyerang kawanan canis dirus yang ganas itu daripada bahagian tepi!

"Aowuuu!" Raungan canis dirus itu berpanjangan, dan Leylin kini sedang menghadapi canis dirus yang bertubuh 2 meter panjangnya.

Sebaik sahaja canis dirus itu terus mengaum, Leylin dapat menghidu bau yang kuat daripadanya.

"Cip A.I.! Imbas kawasan peperangan ini dan menentukan kaedah yang paling berkesan untuk membunuh!"

[Tugas dibentuk. Mulakan simulasi! Mulakan mod bantuan!] Satu cahaya berkilauan di depan mata Leylin, dan satu panormaik imej 3D muncul di hadapannya.

Canis dirus yang berada di hadapannya akhirnya melancarkan serangan kepadanya, dan cakar yang berkelumuran darah menuju ke arah Leylin bersama-sama udara panas yang dapat dirasai.

[Tuan badan sedang diserang! Kaedah paling efisien adalah menentangnya: Gunakan pedang salib untuk menghalang serangan itu dengan sudut 50-darjah ke kanan, kemudian tusuk!]

"Ha!" Leylin menjerit sambil mengunakan teknik pernafasan, menumpukan kekuatannya di otot-otot lengannya sambil mengikut arahan yang diberi oleh Cip A.I., menghayun pedangnya ke kanan dan memukul cakaran itu ke tepi.

*BANG* Leylin merasai kejutan di tangannya kesan daripada impak yang kuat itu, seperti dia telah memukul satu besi yang tebal.

'Kekuatan canis dirus ini lebih tinggi dari aku, jika aku terus buat begitu, aku akan cepat letih. Aku kena cepat selesaikan pertembungan ini!'

次の章へ