webnovel

Pedang Salib

編集者: EndlessFantasy Translation

Ding!

Dua pedang besi bertembung.

"Leylin! Kau tidak setanding aku lagi, mengaku kalah sahaja!" George menggunakan kedua-dua tangannya memegang hulu pedang, dan gelak sambil berkata begitu.

"Kita belum selesai lagi!" Leylin menjerit, dan kakinya bergerak dengan gerak kaki yang pelik, dan sekali lagi memulakan serangan.

"Hah!" George mengayunkan pedang panjangnya.

Pedang Salib di tangan Leylin melencong dan menghalang serangan George.

"Bagus! Postur menepis kau boleh tahan!" George memuji dengan kuatnya. "Jaga-jaga! Serangan aku seterusnya akan aku tujukan ke kaki kiri kau!"

"Marilah!" Leylin membuat persediannya.

"Tengok aku!" George mengayunkan pedang dua tangannya itu, dan membuat lenkungan yang cantik namun berbahaya ke arah kaki kanan Leylin.

Leylin undur satu tapak ke belakang, dan menghalang pedang dua tangan George itu di tengah-tengah udara dengan pedang salibnya, "Kau terang-terang cakap kaki kiri, penipu!"

"Haha….Inilah dipanggil taktik! Ini untuk menguji ketangkasan kau. Ayah aku selalu ajar aku, kalau kau tidak tahu menggunakan tipu helah, nanti satu hari kau akan ditipu oleh orang lain! Aku hanya nak berhelah, aku taknak jadi mangsa tipu helah!"

George gelak sambil berkata, dan menarik kembali pedang besarnya.

"Cukup! Cukup! Kau makin bagus setiap kali kita berlatih! Aku mungkin tak dapat tewaskan kau selepas beberapa hari!"

Dia pun menggaru kepalanya kebingungan: "Leylin! Teknik pedang aku diturun-temurunkan oleh Satria Agung, setelah berlatih sedaya upaya, penat lelah, sehingga guru aku cakap ilmu pedang aku lagi bagus daripada Satria biasa! Tetapi kau masih boleh menentang aku dengan senangnya, bagaimana kau boleh tewas dengan Ourin?"

"Teknik-teknik pedang ini ayah aku ajar masa aku muda, tapi sayangnya aku lupa tentangnya. Jadi, sekarang ini aku tengah banyakkan latihan untuk ingat kembali!"

Leylin menggenggam buku limanya, dan mukanya berubah kemerah-merahan.

"Aku dah kuat nanti, aku pasti akan membalas dendam, dan patahkan kaki Ourin!"

Dia kelihatan seperti seorang anak muda yang berdarah panas yang penuh dengan keazaman selepas menempuh kegagalan. "Wahai Leylin, aku percayakan kau. Kau pasti akan capai impian kau!" George menepuk bahu Leylin.

"Sekarang ini dengan abiliti kau, dah cukup untuk kau pergi membalas dendam!" George berkata pada Leylin.

Selepas latihan, George dapat mengagak kekuatan Leylin.

"Sekarang ini aku boleh lawan seorang atau dua daripada mereka, tapi Ourin ada lima anggota!" Leylin rungsing memikirkannya.

Sebenarnya, dia dah cukup yakin untuk uruskan Ourin dan geng-nya. Tetapi tanpa sebarang alasan, bagaimana dia nak memperdayakan George untuk terus berlatih dengannya?

"Oh ye, tadi kau ada sebut tentang Satria Agung, siapakah mereka?" Leylin teringat kembali.

Rungutan George itu menimbulkan persoalan pada Leylin. Oleh itu, dia sambil lewa bertanya George.

"Ooo.. Kau nak tau tentang Satria-Satria Agung? Diorang ini lagi kuat daripada Satria-Satria biasa. Mana sahaja mereka pergi, mereka diagung-agungkan! Kalau ada yang bertuah, raja pun akan tolong mereka! Dan kalau ada yang berjanji untuk setia, mereka pasti akan menjadi komander pasukan!"

"Fizikal mereka sangat kuat sehingga tahap ekstrem, dan dengar kata selain daripada jarak jauh formasi busur panah, malah tentera berkuda berperisai pun tidak mampu menghalang mereka daripada terus maju!"

"Kuatnya!" Leylin mengomel.

Seorang komander pasukan setaraf dengan Earl, malah Viscount John pun kena menyambut mereka jika ternampak mereka.

Tentera berkuda berperisai ini boleh dikatakan antara pasukan yang heba mengendalikan senjata-senjata di Zaman Pertengahan ini. Sebaik sahaja mereka menyerang, bandar kecil pun boleh hancur. Untuk seorang Satria Agung mampu lawan mereka dengan hanya menggunakan kekuatan fizikal mereka sahaja, betapa kuatnya mereka ini agak-agaknya. Melihat air muka Leylin penuh dengan keinginan untuk tahu, George gelak dengan kuat dan menenangkan Leylin: "Kau tidak perlu cemburu dengan mereka, seorang Magus lebih kuat dan mempunyai pelbagai kuasa misteri kalau nak dibandingkan dengan Satria. Sebaik sahaja kau jadi pembantu paderi Magus, status kau boleh dikatakan sama dengan Satria Agung. Dan kalau kau jadi seorang Magus nanti, tahniah, nak bunuh Satria Agung itu senang seperti pijak semut. Ramai raja daripada pelbagai empayar akan usaha untuk kenalkan anak-anak perempuan mereka dekat kau…."

"Magus sekuat itu?" Leylin berasa ragu-ragu. "Jadi kenapa individu-individu berjubah hitam sangat dingin dekat kita yang ada kemungkinan jadi seorang Magus? Diorang hanyalah Satria!""Ini aku x pasti. Tapi status Magus memang lagi tinggi. Ini ayah aku yang beritahu! Aku sanggup bersumpah atas nama baik Borunin."

George menyentuh hidungnya sambil menjawab dengan kekok.

"Ok! Ok! Aku bukan tidak percayakan kau!" Leylin berasa sedikit menjengkelkan.

Dia bercakap di dalam hati, "Cip A.I.! Imbas individu di depan aku ini!"

Satria-Satria yang telah memulakan pertapaan teknik pernafasan Satria dan juga meningkatkan tubuh badan mereka, tetapi masih belum boleh menyemarakkan kuasa dalaman hidup mereka, kebiasaannya dikenali sebagai Satria persediaan.

Tubuh badan George boleh dianggap berada di puncak standard di antara Satria persediaan!

Ini juga boleh dikaitkan dengan status ahli bangsawannya, yang di mana dia boleh menggunakan bilangan ubat-ubatan mahal yang banyak untuk meningkatkan kebolehan tubuh badannya.

"Baiklah, kita sudah pun cukup rehat sekarang, mari kita kembali ke tapak perkhemahan! Aku taknak kita pulang terlalu lambat dan individu-individu berjubah hitam tu menjeling dekat aku!"

George melihat sekelilingnya, dan cahaya bulan yang terang menyelaput sekeliling dengan lapisan cahaya silver, di mana kesunyian malam ditemani dengan bunyi-bunyi serangga.

Leylin tidak mahu menarik perhatian pada waktu siang kerana mereka sedang dalam pengembaraan, sebab itu dia senyap-senyap keluar berlatih dengan George pada waktu malam.

Kebiasaannya, ini tidaklah menganggu individu-individu berjubah hitam itu, tetapi selepas beberapa pertembungan, Leylin mendapati sikap mereka sangatlah dingin. Asalkan tiada sesiapa yang pergi terlalu jauh daripada tapak perkhemahan dan membuat masalah, mereka tidak akan kisah langsung terhadapa perantis-perantis.

"Satu pusingan lagi ok, lepas itu kita kembali ke tapak perkhemahan!" Leylin berkata. "Selepas pusingan ini, aku pulangkan pedang salib ini dekat kau!"

"Hem….Eh?" George seperti terlupa sesuatu,kemudian matanya terbeliak besar. "Kau dah selesai pakai pedang itu? Gus tak habis-habis mengganggu aku tentangnya!"

Oleh kerana ingin melatih teknik pedang itu, keperluan pertama yang diperlukan ialah perlu ada sebuah pedang salib! Sebagai seorang ahli bangsawan, terdapat ramai pemuda yang memakai jubah pahlawan bersama pedang dihubungkan di pinggang.

Tetapi, Leylin yang asal tidak suka membawa pedang salib ini, hal ini kerana ia terlalu berat, dan menghalang pergerakkannya!

Oleh kerana dia anggap benda itu menyusahkan, Leylin yang asal telah mengembara tanpa sebuah pisau belati pun. Ini telah membuatkan Leylin berada dalam situasi yang kekok di mana dia tidak mempunyai sebarang senjata, lagi-lagi sebuah pedang salib untuk berlatih.

Oleh kerana untuk menjalani latihan tersebut, Leylin pun merujuk kepada kawan pertamanya yang dia kenali sebaik sahaja dia sedar iaitu – George.

Dia telah memaksa George meminjamkan pedang dan berlatih bersamanya, jikalau George tidak mahu persahabatan mereka terbongkar.

Berfikir kembali ketika mata George bertukar putih dan mempunyai riak muka seperti telah bertemu kawan yang begitu jahat, Leylin gelak tanpa henti.

"Ilmu pedang kau meningkat dengan kadar yang laju! Betul ke kau tidak mahu pedang salib ini?" George bertanya.

"Aku dengan Gus akrab juga. Sebab itu, kalau kau nak pinjam lama sikit pun tidak apa, ia bukanlah satu perkara yang besar…."

"Terima kasih atas niat baik kau! Tetapi aku betul-betul tidak perlukannya!" Leylin senyum sambil menolak tawaran itu.

Selepas beberapa kali latihan, dia telah pun belajar sepenuhnya teknik rahsia keluarga Farlier. Tambahan pula, dengan bantuan Cip A.I., ilmu pedangnya akan terus berada di puncak, di mana skil-skilnya tidak akan berkarat walaupun tidak melatih pedang salib untuk jangka masa yang lama.

"Baiklah, jom lawan lagi satu pusingan dengan peraturan yang sama. Aku hanya akan guna jumlah kekuatan yang sama seperti kau!"

Sebaik sahaja George berkata begitu, dia mengangkat pedang dua tangannya itu dan bergerak ke tengah-tengah serumpun rumput, di mana pedangnya memancarkan kilauan akibat dari pantulan cahaya bulan.

Leylin pun bergerak ke tempat yang sama, "Marilah! Kali ini, aku tidak akan menahan diri aku!"

Dia pun memikirkan satu eksperimen dan memberi satu arahan. "Cip A.I.! Jalankan tugas! Analisis kekuatan lawan dan juga sekeliling dan berikan satu pelan untuk menewaskannya!" [Tugas Dijalankan. Mulakan Analisis.]

[Keputusan Simulasi – Tuan badan tidak mengalami kecederaan, sasaran tidak upaya untuk berlawan. Sila mengesahkan jika mahu melaksanakan bantuan ini?]

"Pasangkannya!" Atas arahan Leylin, terdapat banyak garisan-garisan biru muncul di hadapannya, seperti menukarkan kawasan itu kepada dunia visual.

"Heh! Lihat pedang ini!" George menjerit, dan seperti yang dijangka, dia mulakan serangan dahulu, mengayunkan pedang dua tangannya itu. Dia pun meluru datang, pergerakan itu sama dengan imej yang dipaparkan.

Leylin mengulungkan bibirnya, dan mengelak serangan itu, dan kemudian dia pun mengangkat pedang salib itu dengan kedua-dua tangannya. Dia kemudian mengayunkan pedang itu ke bawah dengan bertenaga sekali sambil melompat dengan tinggi.

Hayunan Lompatan!

"Celaka! Camne ini boleh terjadi?" George merungut dan memeluk pedang salibnya sambil berguling di atas lantai.

Pedang salib Leylin menembusi lantai itu, di mana terdapat lumpur dan batu-batu kecil.

George bangun dengan riak muka yang serius. Dia menganggap bahawa Leylin telah menjangka serangannya itu, seolah-olah seperti telah membaca pergerakannya.

"Kalau kau taknak serang aku, aku akan menyerang balas!" Leylin berkata sambil senyum.

"Marilah!" George pandang Leylin dengan gemuruhnya.

Leylin mengenggam pedang salibnya, melangkah ke hadapan sambil menusuk! Setiap perbuatan dan gerakkannya sangat tepat seperti apa yang dipelajari di dalam buku.

George membuat penggerakan menghalang, tetapi sebaliknya badannya bergerak ke tepi, dan sambil dia mengelak tusukan itu, dia menyerang balas serangan Leylin dengan hayunannya yang tersendiri!

Mengikut arahan Cip A.I., Leylin mengelak pedang besar George itu, dan memberi hayunan melintang kepada George.

Lagi lama mereka bertempur, lagi bertambah peluh George.

Setiap pergerakkan dan perbuatannya telah dihalang dengan sempurna oleh Leylin dan ruang untuk dia mengelakkan diri makin berkurangan.

"Aku tidak boleh terus begini! Aku akan serang habis-habisan kali ini!" George mengayunkan pedang besarnya dan bertembung dengan Leylin.

Bang! Terdapat cahaya perak keluar dan masuk ke dalam rumput. Ia adalah akibat dari pedang besar di tangan George! Pedang itu tidak berhenti-henti bergetar sambil mengeluarkan bunyi 'weng weng'.

Di dalam ruangan latihan itu, pedang salib Leylin telah sentuh pinggang George dengan hayunan melintangnya. " Kau kalah!"

"Ye, benar! Aku kalah!"

George mengomel, dan pandang Leylin: "Camne kau buat begitu?"

"Senang sahaja, selepas berlatih dengan kau selama ini, aku telah ingat semua gerakan kau!" Leylin menarik pedangnya dan tunduk sambil senyum.

"Susunan gerakan aku….?" George mengulanginya.

"Ye, nak bagi kau lebih faham, semua orang ada tabiat yang sama setiap kali menyerang. Asalkan kau ingat tabiat-tabiat itu, senang sahaja kau nak membuat perangkap berdasarkannya. Aku telah guna teknik yang sama dekat kau!"

"Phew!" George menghembus nafas panjang, "Aku faham sekarang!"

Kemudian memandang Leylin untuk seketika, seolah-olah melihat satu raksasa di hadapannya. "Bakat teknik pedang kau ini semestinya yang terbaik aku pernah tengok! Kalau kau tidak dipilih menjadi pembantu paderi Magus, aku pasti akan sarankan kau untuk pergi ke Institut Satria Imperial di kerajaan ibu negara.

次の章へ