Huo Mian sangat gugup sehingga peluh membasahi dahinya… pembantunya kerap menyeka peluh di dahinya.
Ketika ini, dia berhenti berfikir yang lelaki di hadapannya adalah Qin Chu.
Jika pesakit biasa sekalipun, dia perlu teliti ketika saat hidup dan mati.
Huo Mian menggerakkan peluru dengan berhati-hati menggunakan skalpel mikro…
Dengan tangan yang sebelah lagi, dia memegang sepasang forsep dan mula menarik keluar peluru tersebut.
Walaupun pergerakannya perlahan, dia masih memberi kesan kepada luka itu kerana kawasan itu merupakan kawasan yang sensitif.
Hasilnya tetap akan sama walaupun pembedahan dilakukan doktor yang terbaik.
Huo Mian merenung peluru itu, kemudian, dia menahan nafas dan menariknya keluar.
"Oh tidak, ada pendarahan…" jerit Dr. Feng.
"Cepat bagi hemostat pada saya!"
Pembantu itu segera menyerahkan hemostat kepada Dr. Feng yang menggunakannya dengan pantas untuk menghentikan pendarahan.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください