Qin Chu memberikan senyuman sinis kepada pengarah wanita itu dan bertanya, "Saya tahu berapa banyak tekanan yang perlu dihadapi bahagian pemasaran, sebab tu pekerja di jabatan mereka dibayar lebih daripS yang lain. Jangan pernah terfikir yang hanya sebab kamu berada dalam jabatan pentadbiran, kamu tak perlu buat benda lain. Untuk majlis sambutan ulang tahun ke-30, kalau jabatan perhubungan awam tak tolong kamu, kamu ingat kamu boleh uruskan semuanya? Untuk parti hujung tahun, saya berikan tugas tersebut sepenuhnya kepada jabatan kamu. Kamu masih ada kurang dari 20 hari untuk bersedia. Kalau keputusannya gagal capai standard saya, kamu akan bertanggungjawab."
"Presiden Qin…" Pengarah wanita itu mahu menampar dirinya sendiri. Kenapa dia tidak berdiam diri sahaja?
Sekarang, kemarahan presiden semakin memuncak dan dia telah diheret ke dalam situasi itu juga.
Parti hujung tahun bukanlah sesuatu yang mudah dan masa persediaan selama 20 hari tidak mencukupi…
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください