"Mak, saya tak tergesa-gesa."
"Jadi kenapa kalau kamu tak tergesa-gesa? Kamu tak ada pilihan. Mak rasa kalau kamu kahwin dengan seseorang daripada keluarga berada, ia akan beri lebih banyak faedah untuk kita."
Huo Siqian menjilat bibir dan tersenyum tetapi tidak berkata apa-apa.
"Kamu patut putuskan segala-galanya dengan selebriti perempuan tu. Dia cuma untuk berseronok. Jadi, jangan jatuh cinta dengan dia."
"Saya tahu, Mak." Huo Siqian anak yang patuh; dia mengiakan apa sahaja yang keluar daripada mulut Jiang Hong.
"Memandangkan kamu dilahirkan dalam keluarga macam kita, kamu tak patut berangan pasal cinta sebab ia hanya imaginasi dan tak boleh dipercayai. Ia tak sesuai dengan kita. Lagipun, Mak rasa perkahwinan atas alasan manfaat bersama akan bertahan lebih lama. Kalau kamu kahwin untuk dapatkan cinta, perkahwinan kamu akan jadi lemah. Sebaik sahaja rasa sayang tu pudar, perkahwinan akan berakhir. Kamu faham maksud Mak?"
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください