webnovel

Kemarahan Tuan Su Demi Si Cantik (10)

編集者: EndlessFantasy Translation

"Sayang, malam ni Datuk Bandar Song ada buat majlis sambutan peribadi sebab anak perempuannya dan balik, boleh kamu ikut saya?"

Sejujurnya, hati Huo Mian menjadi tenang apabila Qin Chu mengambil inisiatif untuk mengajaknya…

"Okey, saya akan jumpa kamu selepas kerja."

"Mhm, saya dah suruh seseorang sediakan gaun kamu, datang secepat mungkin."

"Okey."

Talian diputuskan, dia tiba-tiba terdengar seseorang memanggil namanya.

"Doktor Huo."

"Ada apa?" Huo Mian berasa sangsi apabila melihat Xie Juan berlari ke arahnya dengan termengah-mengah.

"Saya baru pergi pejabat kamu dan mereka cakap kamu dah tak ada di Jabatan Ortopedik lagi."

"Mhm, saya akan pindah ke Neurologi mulai sekarang. Kalau kamu perlukan apa-apa, kamu boleh cari saya dekat sana."

Xie Juan mengangguk dan menyerahkan beg plastik hitam yang dipegangnya kepada Huo Mian.

"Doktor Huo, ni untuk kamu."

"Apa ni?"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ