Apabila Huo Mian naik ke tingkat atas, mulanya dia menyangkakan hanya Pengarah Wu berada di sana, tetapi rupa-rupanya terdapat lebih dua puluh orang di dalam bilik persidangan itu.
Terdapat beberapa orang ketua doktor yang terkenal dari Hospital Pertama dan beberapa orang dari Bahagian Selatan; satu situasi yang jarang dilihat.
Adakah mereka mahu memecatnya?
Huo Mian berasa bimbang…
Dia tidak mahu dipecat, dia sukakan kerjanya…
Apa yang mengejutkan, Huo Siqian turut berada di situ kerana dia pengasas dan penderma Yayasan Huo.
Oleh itu, dia terlibat dalam proses membuat keputusan di Bahagian Selatan dan sudah tentu ia bergantung kepada masa dan kerelaannya untuk datang.
"Pengarah Wu…" Huo Mian agak bingung ketika dia masuk ke dalam.
Dia memandang semua ahli yang penting dan doktor yang terkenal dan merasakan dia bakal menghadapi masalah besar.
Pihak hospital hanya akan berkumpul untuk mengumumkan sesuatu yang penting.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください