webnovel

Sesiapa yang Menyentuh Lelaki Milik Saya akan Mati (6)

編集者: EndlessFantasy Translation

"Saya tak tahu. Ini daripada ransangan emosi saya," gumam Huo Mian perlahan.

Isterinya merupakan wanita yang sangat rasional dan jarang bertanya soalan kebudak-budakan mengenai masa lampaunya dan hidupnya yang sekarang seperti budak kecil.

Namun, Qin Chu bekerjasama dan menjawab dengan rela hati, "Tak kira berapa banyak mangkuk sup yang saya minum dari Nenek Meng di Sungai Pelupa, saya tak akan lupakan kamu."

Huo Mian mengetatkan pelukannya di pinggang Qin Chu…

TIba-tiba, dia takut kehilangan Qin Chu.

Dia berharap mereka boleh terus hidup begini…

Mereka boleh bergaduh, boleh berselisih faham atau mendiamkan diri tetapi dia tidak mahu hidup tanpa Qin Chu.

Walaupun pada luaran dia berpura-pura seperti tidak peduli tentang ketiadaan Qin Chu selama bertahun-tahun, hanya dia tahu perasaannya yang tidak pernah berakhir.

Itu termasuk dengan tempoh ketika dia bersama dengan Ning Zhiyuan…

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ