"Mak. Mulanya saya fikir Mak cuma marahkan saya sekejap saja sebab rahsiakan semua ni daripada Mak. Kalau Mak tak suka dia sekalipun, dia masih ahli keluarga kita. Saya tak percaya Mak akan bergabung dengan orang luar untuk dedahkan rahsia kita. Tak apa kalau Mak tak peduli pasal reputasi saya dan Huo Mian tapi macam mana Mak boleh abaikan kesannya pada syarikat? Mak terlampau gelojoh."
"Dah tentu Mak fikir pasal reputasi syarikat dan kalau kamu memang fikir pasal syarikat, kamu tak patut berkahwin dengan Huo Mian. Jangan nak ajar Mak, Mak mungkin tak tahu apa-apa tentang uruskan syarikat tapi sekurang-kurangnya Mak tahu sebanyak tu." Puan Qin benci apabila anaknya sentiasa melindungi Huo Mian.
Oleh itu, dia akan menentang apa sahaja yang keluar daripada mulut anaknya…
"Baiklah, kalau Mak fikir begitu. Saya dah tak ada apa-apa lagi nak cakap. Saya rasa kami tak akan balik ke rumah ni lagi selagi Mak fikir begitu." Kemudian, Qin Chu berpaling untuk pergi.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください