"Ia rahsia, saya tak boleh tunjukkan kepada kamu semua. Tapi saya boleh cakap dengan yakin yang… hadiah daripada Adik Mian ialah hadiah kegemaran saya," kata Huo Siqian dengan penuh misteri.
Setelah mendengar kata-kata Huo Siqian, air muka Shen Jiani berubah… Kemudian, dia memandang Huo Zhenghai dan mereka berdua saling bertukar pandangan.
Selepas makan malam…
Huo Mian sedang menikmati buah di atas sofa…
"Saya akan minta pemandu hantar kamu balik nanti," kata Huo Zhenghai. Dia tidak tahu Huo Mian akan bermalam di situ.
"Tak apa, Ayah. Mian bermalam di sini malam ni," celah Huo Siqian.
"Di sini?"
Semua orang terkejut…
Huo Mian tidak pernah mahu menjejakkan kaki di sini, apatah lagi bermalam. Jadi, kenapa dia mahu tidur di sini?
"Ya, saya penat sikit lepas bekerja, jadi saya ingat saya nak bermalam di sini," jelas Huo Mian dengan tenang.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください