Rasa terkejut semua orang bertukar ke ekspresi "Oh, patutlah" apabila mereka sedar Su Yu yang membida harga tersebut.
Hobi tuan muda ini ialah membakar duit.
"Tuan Muda Su yang membida, patutlah… saya tertanya-tanya siapa yang begitu bermurah hati."
"Ya, mungkin Tuan Muda nak berikan barang kemas itu kepada kawan wanita yang rapat dengannya. Dia sangat bertuah, haha."
"Mungkin Zhao Qingya. Bukankah dia salah seorang wanita kesukaan Tuan Muda Su sekarang?"
"Saya tak pasti, saya ingat dia dah abaikan Zhao Qingya dan dah jumpa orang baru."
Beberapa golongan atasan berbincang sesama sendiri…
Pengacara majlis sangat teruja. "Presiden Su daripada Hiburan Bintang Diraja baru sahaja membida 50 juta yuan. Ada lagi yang berminat?"
Seluruh dewan itu terdiam…
"50 juta satu…"
"50 juta dua…"
"50 juta… tiga… dijual! Tahniah Presiden Su daripada Hiburan Bintang Diraja."
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください