webnovel

Terlampau Banyak Berseronok (9)

編集者: EndlessFantasy Translation

"Ini daripada mulut Su Yu sendiri. Adakah itu cukup membuktikan perkara ini benar?" Huo Siqian tersenyum dengan penuh misteri.

Huo Zhenghai tergamam kerana dia tahu Huo Siqian bukan seseorang yang akan memberi maklumat tidak benar terutamanya apabila bercakap dengannya.

Jika Su Yu memang tertarik dengan Huo Mian…

"Itu perkara yang bagus! Hari yang bersejarah akan muncul untuk keluarga kita!" Huo Zhenghai mengangguk tanda berpuas hati.

"Sayang, jangan terlalu gembira. Perempuan itu dah umumkan yang dia tak lagi berkait dengan kita. Kita mungkin tak dapat apa-apa keuntungan daripada hubungan mereka," Shen Jiani mengingatkan.

"Jadi? Dia masih benih Keluarga Huo. Kalau maklumat ini tepat, saya akan cari cara untuk menghubungi keluarga Su. Kalau mereka nak majlis perkahwinan yang gilang gemilang, saya akan berikan identiti diraja kepada Huo Mian untuk majlis perkahwinan tersebut."

Bilik itu serta merta menjadi diam selepas Huo Zhenghai bercakap…

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ