"Lingling, saya tak boleh buat Tuan Muda Zhou marah. Boleh kamu buat untuk malam ini saja?"
Sebaik sahaja Deng Kai habis berkata-kata, Zhu Lingling menampar muka Deng Kai. Pipi lelaki itu serta merta menjadi merah. Kemudian, Zhu Lingling mengambil begnya untuk beredar tetapi langkahnya dihalang orang suruhan Zhou Guangming.
"Apa yang kamu nak?"
"Hei gadis cantik, kamu tak boleh balik. Saya belum berseronok lagi," balas Zhou Guangming sambil tersenyum.
"Berseronok konon. Oergi jauh jauh dari saya, saya nak balik." Kepala Zhu Lingling berpusig-pusing dan dia mahu pergi secepat mungkin.
"Kamu terlalu garang. Tapi tak apa, saya suka gadis yang garang. Kita akan berseronok bersama-sama," kata Zhou Guangming sambil menghulurkan tangan untuk mencubit muka Zhu Lingling.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください