webnovel

Rasa Bersalah

編集者: EndlessFantasy Translation

"Apa kata kita buat perjanjian? Bertenang, apa yang kamu buat bukan sia-sia. Saya akan arahkan peguam untuk buktikan saham syarikat yang saya berikan memang milik kamu selagi kamu menyokong Yanyan dan Siyi. Nilai saham itu berbilion-bilion banyaknya." Huo Zhenghai percaya Huo Mian cukup pintar dan pasti ingin mewarisi hartanya.

Huo Mian tersenyum, "Maaf Encik Huo, saya perlukan semua benda kecuali duit untuk masa sekarang. Pada saya, saya lebih perlukan janji kamu yang kamu akan membayar kembali kasih sayang seorang ayah yang saya tak rasa selama 20 tahun berbanding mewarisi wang yang kamu tawarkan."

Huo Zhenghai merasa bersalah. Kasih sayang seorang ayah? Dia tak pernah memiliki rasa begitu. Hanya Huo Yanyan dan Huo Siyi anak kesayangannya. Atas beberapa sebab, dia tidak suka pada Huo Mian walaupun dia tahu Huo Mian sangat pandai.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ