webnovel

"Ya, ada. Tapi, saya hanya boleh mengagak sahaja buat masa sekarang."

"Kamu mahu saya uruskan hal ini untuk kamu?"

Huo Mian menggelengkan kepalanya. "Ini pertarungan antara wanita. Biar saya sendiri yang uruskan. Saya tak mahu jadi isteri bodoh yang sentiasa menyorok di belakang suaminya."

Kata-kata Huo Mian yang tidak ambil cakna itu bagaimanapun telah menaikkan mood Qin Chu.

"Jadi, kamu tahu yang saya suami kamu?" Dia kedengaran dingin pada luarannya. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia sangat gembira.

"Emm… kepala saya masih sangat sakit." Huo Mian tidak tahu apa yang perlu dikatakn. Jadi, dia berlagak seolah-olah lukanya kembali sakit.

"Kamu dah buat pemeriksaan atau belum? Mungkin kamu ada kecederaan dalaman?" Qin Chu berasa bimbang.

"Sudah. Tak ada apa-apa yang tak kena. Hanya luka biasa."

"Kalau begitu, kamu patut berbaring sekejap. Saya perlu uruskan beberapa dokumen."

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ