webnovel

Kompromi

編集者: EndlessFantasy Translation

"Tidak, saya tidak buat sebrang janji temu."

"Maafkan saya, Tuan. Presiden sangat sibuk buat masa sekarang. Kamu tidak boleh berjumpa dengannya tanpa sebarang janji temu."

"Hentikan semua ini. Saya teman sekelas sekolah tingginya."

"Sama juga, Tuan. Tolong jangan sukarkan perkara ini untuk saya. Jika kamu ialah teman sekelas sekolah tingginya, kamu sepatutnya boleh menghubunginya sendiri. Saya cadangkan kamu menelefon Presiden kami secara peribadi."

Wei Dong mahu memecah masuk. Tetapi GK mempunyai sistem keselamatan yang sangat ketat. Jika dia tidak dapat melepasi aras pertama, bagaimana mungkin dia boleh sampai ke aras paling tinggi, 56 aras daripada tempat dia berada sekarang?

Sewaktu Qin Chu dalam perjalanan ke rumahnya dengan kereta Audi R8nya yang sederhana, Wei Dong menghadangnya di pintu pagar kawasan tempat letak kenderaan.

Jika Qin Chu tidak menekan brek tepat pada masanya, dia sudah pasti akan melanggar Wei Dong.

Qin Chu memberhentikan keretanya dengan air muka yang kelihatan tidak mesra dan perlahan-lahan menurunkan cermin.

"Keluar dari kereta, Qin Chu. Mari berbual." Wei Dong berkata dengan kasar.

"Saya tidak rasa kita ada sesuatu yang perlu dibualkan." Qin Chu kekal dengan sikap penuh maruahnya.

Sebenarnya, dalam kalangan teman sekelas sekolah tingginya, dia tidak kisah akan orang melainkan Huo Mian.

Dia sememangnya tidak akan memberikan peluang kepada Wei Dong…

"Kenapa kamu menyerang syarikat saya? Apa yang saya buat pada kamu? Kenapa kamu mendekatkan kami dengan kematian?" Wajah Wei Dong membara dengan amarah.

Qin Chu mengangkat kepalanya. Wajahnya dingin tanpa sebarang perasaan. "Saya akan mengambil alih syarikat kamu secara paksa pada harga yang rendah dalam masa seminggu yang akan memaksa kamu dan ayah kamu menanggung hutang sebanyak beberapa ratus milion yuan. Ketika itu, kamu tidak ada pilihan lain selain membunuh diri. Itu yang saya akan panggil sebagai mendekatkan kamu dengan kematian."

Wajah Wei Dong bertukar pucat mendengarkan hal ini.

Jika orang lain yang mengatakan perkara itu, dia mungkin hanya akan ketawa dan menganggap orang itu bercakap besar.

Namun, ayat itu diucapkan oleh Qin Chu. Berdasarkan status dan kedudukan Qin Chu, dia benar-benar akan musnah.

Qin Chu merupakan pewaris kepada GK, iaitu salah satu perniagaan terbesar negara mereka. Malah, mungkin antara 50 syarikat teratas di Asia.

Dia mampu memusnahkan syarikat kecil milik mereka hanya dalam beberapa saat.

"Qin Chu, mengapa kamu buat begini? Apa-apa pun, kita kan teman sekelas. Adakah kamu…adakah kamu masih sukakan Huo Mian? Adakah kamu takut saya akan rampas dia daripada kamu?" Wei Dong bukannya bodoh.

"Rampas dia daripada saya? Kamu memang perasan, kan? Kamu fikir kamu boleh bersaing dengan saya?" Qin Chu ketawa besar.

Wei Dong kehilangan kata-kata. Dia memang tidak boleh bersaing dengan Qin Chu.

"Saya beri kamu masa sejam untuk memutuskan sebarang pertalian dengan Huo Mian, atau kamu akan mati dengan penuh azab."

Selepas bercakap, Qin Chu menaikkan cermin keretanya dan meninggalkan garaj syarikat itu.

Wei Dong berdiri kaku di tempatnya…

Dia benar-benar sukakan Huo Mian dan memang mahu menikahinya. Tetapi sayangnya, mimpi indah ini tidak dapat bertahan walaupun sehari.

Nampaknya, dia memang tidak akan berpeluang mengahwini dewinya dalam alam kehidupan ini.

Selepas Huo Mian tiba di rumah, dia baru sahaja mahu mencuci pakaian yang ditanggalkannya apabila telefonnya berdering.

Sebaik sahaja dia mengambil telefonnya, dia perasan bahawa ia merupakan panggilan daripada Wei Dong. Dia sudah tahu apa yang mahu dikatakannya.

Dia mengangkat panggilan itu dan sebelum Wei Dong sempat berkata apa-apa, Huo Mian berkata, "Saya sudah buat keputusan, saya setuju dengan syarat kamu. Mari berkahwin. Tolong pindahkan dana itu segera. Adik saya tidak boleh menunggu lama."

"Huo Mian…Maaf, saya benar-benar minta maaf." Di hujung talian, suara Wei Dong kedengaran seperti tersekat-sekat.

"Kenapa? Adakah sesuatu telah berlaku?" Huo Mian bertanya apabila terdengar sesuatu yang aneh pada suara Wei Dong.

"Saya…tidak rasa yang saya boleh pinjamkan kamu wang itu lagi."

Hati Huo Mian menjadi dingin mendengarkan apa yang dikatakan Wei Dong.

次の章へ