Insan Mulia Puncak Keempat Syurga Pertama Sekta Syaitan Abadi, Ke Yunhai berlegar-legar di sekeliling Pagoda Dewa Syaitan. Rambut putihnya meliuk di sekelilingnya dan matanya bersinar terang.
Dia bagai sedang bersemangat, namun, jauh di dalam matanya ada keletihan dan ketuaan. Tiada aura kematian terpancar darinya, namun, dalam hatinya wujud lautan kematian.
Orang luar tidak dapat lihat apa yang berlaku di dalam Pagoda Dewa Syaitan. Malah tujuh Insan Mulia sekalipun tidak dapat merasai apa yang sedang berlaku. Namun, mereka semua tahu sebab Pagoda Dewa Syaitan dibuka kali ini.
Mereka memerhatikan seluruh pagoda itu, walaupun mereka tidak mengetahui kejadian di dalam sana, berdasarkan aura yang datang dari titik cahaya, mereka mampu mengenali titik pemilik titik cahaya itu.
Ke Yunhai memerhatikan tingkat kedua dan matanya penuh keazaman.
"Jiusi, bapamu hanya mampu lakukan setakat ini sahaja untukmu."
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください