webnovel

Latihan Sekta Dalaman

編集者: EndlessFantasy Translation

Raut wajah Yin Tianlong suram saat dia melihat nombor 'lapan' pada kepingan jed di hadapannya. Dengan tangan di belakangnya, dia menggunakan Hikmat Meringankan Badan untuk mengapungkan dirinya menuju ke atas platform.

Saat kaki Yin Tianlong menyentuh platform itu, Wang Tengfei mengangkat kaki kanannya, dan tiba-tiba seluruh platform mulai bergegar dengan bunyi yang kuat, seolah-olah satu ledakan sedang berkumpul di setiap sudut. Wang Tengfei tidak bergerak, tetapi satu kuasa besar yang tidak dapat dilihat menembak ke arah Yin Tianlong.

Ketika melihat keadaan ini, wajah Yin Tianlong berubah. Wang Tengfei belum lagi bergerak, namun tekanan besar yang menekan Yin Tianlong telah membuatnya sukar untuk mengedarkan tenaga rohaninya.

"Aku mengaku kalah..." katanya dengan segera, tanpa sebarang keraguan. Nampaknya dia tidak mahu mendengar sebarang komen mengenai keputusannya. Sambil memberi tabik hormat, dia melompat turun dari platform dan meninggalkan dataran.

Wajah Orang Lama Ouyang kekal tanpa ekspresi. Dengan perlahan, dia berkata lagi, "Wang Tengfei menang. Pertandingan kedua, nombor dua dan tujuh."

Sebaik kata-kata itu diucapkan, Si Gempal melihat nombor 'dua' yang tertulis di kepingan jednya dan mula menggeletar. Pada masa yang sama, Pertapa peringkat kelima Pemekatan Qi dengan parut di wajahnya itu merenungnya dengan dingin, lalu melangkah ke platform.

"Naik ke atas dan mengaku kalah saja," Meng Hao berkata kepada Si Gempal dengan nada perlahan sambil menolaknya ke hadapan. Badan Si Gempal yang bulat seperti bola itu terapung ke atas platform.

Sebaik sahaja dia mendarat, dia segera berkata, "Mengaku kekalahan..." Dia tidak berani bercakap tiga perkataan, hanya dua, tetapi mata Pertapa berparut itu menunjukkan niat membunuh. Sebelum Si Gempal selesai bercakap, Pertapa itu mengangkat tangannya. Satu pedang terbang meluru ke arah Si Gempal dengan kelajuan luar biasa. Si Gempal baru menyebut perkataan 'mengaku,' pedang itu sudah berada dua meter dari kerongkongnya.

Ketika itu jelas apa yang sedang berlaku, tetapi sudah terlambat. Muka Meng Hao berubah dan dia bingkas bangun. Pada masa yang sama, Orang Tua Ouyang menjentikkan sebuah objek dengan jarinya. Tepat sebelum pedang terbang itu menembusi kerongkong Si Gempal, bunyi berdering dapat didengari dan pedang itu terpelanting jauh. Si Gempal luka kecil di lehernya

Si Gempal mundur selangkah, wajahnya pucat. Kemudian dia melompat turun dan kembali ke sisi Meng Hao dalam keadaan yang sangat takut sehinggakan kakinya longlai. Dia belum pernah mengalami saat kematian yang begitu hampir seperti ini.

Meng Hao melihat garis darah di leher Si Gempal, dan ekspresi membunuh muncul di matanya. Lawannya telah menyerang dengan kekejaman yang melampau dan keinginan yang jelas untuk membunuh. Jika Meng Hao lawannya, tidak akan menjadi masalah. Tetapi tahap asas pertapaan Si Gempal sangat rendah. Sangat melampau mahu menyerang Si Gempal seperti itu.

Meng Hao memandang di sekeliling kawasan itu dan terlihat Shangguan Xiu berdiri jauh dari situ. Wajahnya yang menggerunkan dipenuhi niat membunuh. Api kemarahan meledak di dalam hati Meng Hao. Dia tidak pernah melakukan apa pun untuk menyinggung Tuan Guru Shangguan, sebaliknya lelaki itulah yang mula bertindak agresif, menyerang dengan kekuatan yang boleh membawa maut.

Selama bertahun-tahun di Sekta Reliance, Meng Hao tidak pernah menunjukkan keinginan yang kuat untuk membunuh. Tapi sekarang, matanya bersinar dengan niat sebegitu.

Apa yang baru saja terjadi begitu jelas mencurigakan sehinggakan para pertapa yang berada di sekitar platform itu juga menyedarinya. Seorang demi seorang, memandang Meng Hao dan mula berbincang mengenai hal ini.

"Perlawanan seterusnya, nombor tiga dan enam," kata Orang Lama Ouyang sambil mengerutkan wajahnya.

Han Zong berdiri, kepingan jed bernombor tiga ada di tangannya. Semasa dia berjalan melewati Meng Hao, dia berbisik, "Kau telah menyinggung Tuan Guru Shangguan, bukan hanya kau seorang yang akan mati hari ini, kawan kau juga akan mati." Boleh dikatakan selain daripada Orang Lama, Shangguan Xiu ialah ahli sekta itu yang paling kuat dan berpengaruh.

Akibat kemerosotan Sekta Reliance, jumlah pengikutnya sedikit. Kekecohan dalam peraturan Sekta, dan saling berbunuhan di kalangan para pengikut Sekta Luaran, semua ini terjadi kerana Sekta Reliance berada di penghujung zamannya, tidak lagi seperti dulu.

Jumlah pil perubatan semakin sedikit, jadi bagaimana pil-pil ini boleh diagihkan dengan adil... Pil Pemekatan Rohani tidak banyak, jadi sudah tentu pil-pil ini menjadi objek perebutan maut di kalangan para pengikut yang ingin memakannya.

Jadi, biarlah ada kekecohan. Setiap orang memikirkan diri sendiri. Sama ada ahli peringkat pertama Pemekatan Qi atau yang kelima, biarkan kekacauan berleluasa, dan berlakunya kematian. Tidak ada keadilan di sini, kehidupan dan kematian ditentukan oleh takdir. Tidak ada syarahan, tidak ada yang memberi arahan tentang bagaimana untuk melakukan pertapaan. Hanya ada manual Pemekatan Qi. Sama ada kamu cacing atau naga, kamu hanya boleh bergantung kepada nasib kamu. Jika kamu berjaya, kamu hidup. Jika kamu gagal, kamu mati. Sekiranya kamu kuat, terselamat. Jika kamu lemah, tidak akan terselamat.

Siapa yang mampu sampai ke penghujung perjalanan dengan melakukan pembunuhan, akan menjadi pengikut Sekta Dalaman, dan kemudian menjadi ahli sebenar Sekta Reliance dan pelajar sejati Orang Lama Ouyang.

Pada masa lalu, Pemimpin Sekolah He Luohua telah memberi tumpuan untuk menjadikan Sekta lebih kuat. Tetapi terbeban dengan tekanan realiti, dia benar-benar keletihan, dan telah lama bersembunyi dalam pengasingan. Orang Lama Ouyang mempunyai keperibadian yang lembut, dan berkaitan peringkat Pertapaan, beliau berada di penghujung kehidupannya, dengan tidak banyak masa yang tersisa. Oleh itu, beliau tidak mempunyai banyak tenaga untuk dihabiskan pada Sekta.

Di kalangan para pengikut Sekta Luaran, Kakak Xu biasanya bermeditasi di tempat yang terpencil. Dengan keperibadiannya yang dingin, dia tidak terlalu memberikan perhatian pada urusan Sekta. Orang Lama Chen lebih mengutamakan fokus pada Dao, dan tidak terlibat dalam hal-hal Sekta. Dalam keadaan sebegini, hanya Shangguan Xiu yang tinggal.

Asas Pertapaannya berada pada peringkat kesembilan Pemekatan Qi, dan dia berusia lebih daripada sembilan puluh tahun. Dia telah berkhidmat pada Sekta dengan baik sehingga menjadi Tuan Guru kepada para pengikut Sekta. Tetapi Sekta ini sedang mengalami kemerosotan. Sekiranya mereka seperti Sekta yang lain, peringkat Pemekatan Qi Shangguan Xu tidak akan melayakkan dia dipanggil Tuan Guru.

Meng Hao memandang Han Zong melompat ke platform. Lawannya adalah Zhou Kai, dan nampaknya ini tidak akan menjadi pertempuran hidup dan mati. Zhou Kai segera mengakui kekalahan, dan perlawanan berakhir.

Perlawanan terakhir pusingan pertama telah tiba. Meng Hao berdiri dan terbang ke platform. Lawannya, lelaki tinggi dan kuat yang mempunyai Pemekatan Qi peringkat kelima. Dia memancarkan aura pembunuhan dan berdasarkan rupanya, sudah berpengalaman dalam banyak pertempuran darah.

Dia menatap Meng Hao dan dengan suara geram, berlari terus ke arahnya sambil tubuhnya mengembang. Dia mengangkat tangannya, dan dengan serta-merta, sebilah kapak perang yang bersinar muncul. Ini jelas bukan objek biasa.

Muka Meng Hao menjadi gelap dan dia menampar beg saktinya. Dengan pantas, sebilah pedang terbang yang tajam muncul dan meluru ke hadapan. Tetapi pada saat jaraknya sekitar dua meter daripada lelaki besar itu, sebuah perisai yang lembut muncul lalu menghalang pedang terbang itu.

"Kamu akan mati hari ini!" kata lelaki besar itu dengan senyum yang mengerikan. Sebelum datang ke latihan ini, Shangguan Xiu telah memberinya satu objek ajaib. Walaupun asas Pertapaan Meng Hao lebih tinggi daripadanya, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.

"Boom," kata Meng Hao dengan tenang, raut wajahnya sama seperti biasa. Pedang terbang itu meletup dengan kuat, menyebabkan lelaki besar itu terpelanting ke belakang. Perisai di hadapannya berkelip-kelip, menghalangnya daripada cedera.

Sambil tertawa, dia menyerang lagi. Tapi Meng Hao lebih pantas. Dia berlari ke depan, menampar beg saktinya. Dua batang pedang terbang muncul, meluru ke hadapan dan kemudian meletup. Ledakan bergema, dan perisai itu menjadi bengkok. Wajah lelaki besar itu berubah, dan sebelum dia dapat bertindak, empat lagi pedang terbang meluru ke arahnya. Satu ledakan besar meletus, dan perisai itu hancur. Serangan pedang itu menikam terus ke dada lelaki besar itu. Dia mengeluarkan rintihan yang menyedihkan dan memuntahkan darah.

Sebelum tubuhnya menyentuh tanah, sebilah pedang terbang lain meluru keluar dari arah Meng Hao, berkilauan saat menikam ke kerongkong lelaki itu. Dia disentak jatuh ke tanah dan mati berlumuran darah.

Sejak menyertai Sekta, jumlah orang yang dibunuh oleh Meng Hao tidak ramai. Tetapi kali ini dia membunuh lelaki itu dengan kejam. Dia melayang turun dari platform, memberi Han Zong pandangan dingin.

"Seterusnya, kamu akan mati," katanya sambil duduk bersila dan menutup matanya.

Mata Han Zong mengecil dan niat membunuhnya semakin kuat.

Para pertapa mula berbincang setelah mereka kembali sedar selepas menyaksikan kejadian itu. Mereka telah terkejut dengan pertumpahan darah yang berlaku.

"Meng Hao menang. Pertandingan pertama pusingan dua ialah di antara Wang Tengfei dan Xu Ge." Suara Orang Lama Ouyang tenang, seolah-olah dia tidak menyedari bau darah di udara.

Xu Ge adalah Pertapa yang cuba membunuh Si Gempal tadi. Sebaik sahaja dia menginjakkan kaki ke platform, dia mengaku kalah. Dia memberikan tabik hormat kepada Wang Tengfei, berpaling dan meninggalkan dataran secepat mungkin.

Pada ketika ini, semua orang menyedari baik Han Zong atau empat Pertapa peringkat kelima itu, tujuan mereka bukan untuk naik pangkat, tetapi untuk membunuh Meng Hao.

"Perlawanan kedua, Meng Hao dan Han Zong." Orang Lama Ouyang merenung Meng Hao dengan teliti, dan sebaik selesai bercakap, keheningan menguasai suasana. Semua orang memandang Meng Hao dan Han Zong.

Wajah Meng Hao suram seperti biasa saat dia melangkah ke platform. Han Zong tiba pada masa yang hampir sama. Tidak perlu sebarang kata-kata. Mereka berdua menyerang pada masa yang sama.

Suara gemuruh terdengar saat tiga bilah pedang terbang muncul, berputar-putar di sekitar Meng Hao. Sebuah perisai muncul, berputar di sekitar Han Zong. Di hadapannya muncul satu sepanduk lima warna yang bercahaya yang terus bergerak ke arah Meng Hao.

Meng Hao tidak berkata apa-apa. Ketika sepanduk lima warna itu mendekatinya, dia tidak mundur. Dia mengangkat tangan kirinya, dan dengan pantas Ular Berapi sepanjang lima belas meter muncul. Ular itu meraung dan terbang ke depan. Ular Berapi itu kelihatan seperti ular sawa. Haba yang panas memancar keluar saat ular itu terbang.

Pada masa yang sama, tangan kanan Meng Hao menampar beg saktinya, enam bilah pedang terbang muncul dan meluru ke hadapan.

Han Zong tertawa dingin, matanya bersinar dengan niat membunuh. Dia mengambil langkah ke depan, lalu menampar tangan kirinya ke tanah. Ketika dia berdiri, bunyi gemuruh dapat didengari, dan seluruh platform mulai bergegar. Di depannya tiba-tiba muncul Golem Batu, setinggi kira-kira tiga meter. Dengan raungan, Golem Batu maju ke depan dengan kelajuan luar biasa. Apabila Golem Batu menyerang Ular Berapi, letupan besar bergemuruh di seluruh platform.

Di tengah bunyi gemuruh, sepanduk lima warna itu meluru ke hadapan, menghampiri pedang terbang Meng Hao. Mata Han Zong berkilauan dengan terang.

"Sihir Lima Sinaran!"

Sebaik sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Han Zong, sepanduk lima warna itu tiba-tiba bergegar, dan kemudian mula bersinar terang ke segala arah. Aliran kabus dua warna ditembak dari sepanduk itu dan berubah menjadi dua makhluk Rohani yang menyerang Meng Hao dengan jeritan yang nyaring. Makhluk Kabus Rohani yang kedua hanya dapat dilihat sebahagiannya, ini jelas kerana tahap asas Pertapaan Han Zong membataskan kemampuannya untuk menggunakan sihir ini.

Sebaik sahaja dua warna Kabus Rohani ini muncul, para pertapa di sekeliling dataran berteriak dengan kagum.

"Itu teknik sempurna Sihir Lima Sinaran milik Tuan Guru Shangguan! Ini salah satu teknik sihir yang paling berkuasa bagi anggota Sekta yang belum menyempurnakan Asas Pertapaan mereka. Abang Han Zong hanya dapat memanggil dua warna!"

"Jadi Han Zong dapat menggunakan sihir ini! Ya, pastinya kerana sepanduk itu. Mungkinkah itu barang sakti yang disediakan oleh Tuan Guru Shangguan?"

Melepaskan teriakan nyaring yang membingitkan telinga, dua warna Kabus Rohani menembak ke arah Meng Hao dengan kuasa yang sangat kuat. Saat enam bilah pedang terbang menyentuh kabus itu, pedang-pedang itu hancur.

次の章へ