"Pukul dia sampai mati!" Lelaki pertengahan umur itu yang pertama sekali tersentak semula ke alam realiti dan terus menjerit.
Selepas mendengar arahan itu, sekumpulan remaja itu terus meluru ke hadapan dan mengelilingi Ye Wan Wan.
Ye Wan Wan memandang semua orang itu dengan dingin tanpa sebarang perubahan perasaan dalam matanya.
"BUNUH DIA!" Wanita tadi memegang pipinya yang bengkak dan menempik marah.
'Perempuan sial ni berani tampar aku!'
Ketika itu, semua syaitan dan raksasa itu cuba meluru ke arah Ye Wan Wan.
Namun, sebelum mereka dapat menyentuh gadis itu, sekumpulan kelibat tiba-tiba meluru masuk ke dalam bilik itu.
Sebelas, Feng Xuan Yi dan lebih daripada sepuluh ahli Pasukan Gelap menerpa masuk ke dalam bilik itu dan melihat semua orang yang mengelilingi Ye Wan Wan.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください