webnovel

Keluar untuk Janji Temu Setiap Minggu

編集者: EndlessFantasy Translation

Daripada beratur dengan sukarela kepada ciuman ini…

Ye Wan Wan juga ada mengutuk kemahiran Si Ye Han sebelum ini…

Walaupun ciuman mereka telah berakhir, Si Ye Han tetap tidak melepaskan tangannya.

Ye Wan Wan tidak lagi menumpukan perhatiannya kepada filem berkenaan.

'Oh, nampaknya kita memang bercinta sekarang…

'Ingat senang ke…'

Selepas filem itu berakhir, Ye Wan Wan menunggu sehingga dia pasti Qiao Ke Xian dan Han Xian Yu telah beredar sebelum meninggalkan panggung itu bersama Si Ye Han.

Xu Yi sudah pun menunggu di pintu masuk panggung wayang.

Dia melirik jam di tangan dan menoleh kepada pintu masuk. Seperti yang dijangka, dua kelibat yang dikenalinya muncul.

Apabila dua orang itu semakin menghampiri, Xu Yi tidak boleh menahan daripada membeliakkan matanya kerana terkejut. Dia perasan tuannya sedang memegang tangan Ye Wan Wan dengan sukarela. 

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ