webnovel

Tak Pahit Langsung

編集者: EndlessFantasy Translation

Ye Wan Wan berdiri di muka pintu dalam keadaan teragak-agak untuk satu jangka masa yang lama. Dia juga bimbang jika dia melambatkan lebih lama, ia akan mempengaruhi keberkesanan ubat itu. Jadi, dia membuka pintu dan masuk.

Dua orang gaji itu tadi menurut belakang Ye Wan Wan dalam keadaan bimbang dan mengintai melalui celahan pintu.

Kedua-dua mereka berfikir semula dan merasakan meminta Ye Wan Wan menghantar ubat itu bukan suatu tindakan yang betul. Itu tugas mereka. Bagaimana mereka boleh menolaknya dengan begitu mudah kepada Cik Ye?

Jika Cik Ye mengalami sebarang kemalangan semasa menghantar ubat berkenaan atau ada perkara lain yang berlaku, bagaimana mereka boleh menanggung akibatnya?

Lelaki pucat itu berbaring di atas katil besar kelabu itu seperti seketul batu, tidak bergerak langsung.

Angin bertiup melalui tingkap, mengangkat sedikit hujung bajunya dan menampakkan sebahagian lengannya yang kurus.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ