webnovel

Membuat Perjanjian

編集者: EndlessFantasy Translation

Kemunculan seorang lelaki yang tidak dikenal pasti itu membuatkan segenap ruang bilik mesyuarat itu dipenuhi dengan suasana pelik.

"Awak siapa sebenarnya? Perhubungan awam Hiburan Seluruh Dunia pun tak boleh selesaikan kes ni. Jadi, siapa awak bila awak kata awak boleh ubah persepsi orang ramai kepada Han Xian Yu?"

"Adik, tolong cakap guna otak ya!"

"Sekarang, reputasi Han Xian Yu dah jatuh tempat kedua. Isu penting sekarang, reputasi Hiburan Seluruh Dunia berkait rapat dengan insiden ni…"

Beberapa orang atasan Hiburan Seluruh Dunia cuba menilai remaja itu.

"Pengerusi Chu, tolong jangan dengar ucapan berbunga lelaki ni. Dia mesti agen rahsia yang dihantar oleh Maharaja Langit untuk mencari maklumat!" Zhou Wen Bin bingkas bangun, marah.

Mendengar hujah Zhou Wen Bin, kedinginan muncul di mata Chu Hong Guang.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ