Selepas memutuskan talian, Ye Wan Wan membuka pos tersebut untuk membacanya. Seperti yang dijangka, Song Zi Hang datang menyelamatkan puterinya.
Shen Meng Qi terselamat dan Jiang Yan Ran menjadi bahan tawa sekolah. Kini, satu sekolah tahu yang dia tidak berjaya menawan buah hatinya dan bergaduh pula dengan rakan karibnya disebabkan rasa cemburu…
Isk, isk, isk berani betul dia bersuara untuk mempertahankan kekasih hatinya dan sanggup mengetepikan pertunangan yang telah dipersetujui kedua-dua belah keluarga.
Tiba-tiba, kedengaran ketukan pada pintu.
"Kejap!" Ye Wan Wan berdiri dan berjalan untuk membuka pintu.
"Ye…" Setelah melihat orang yang membuka pintu untuknya dengan jelas, Jiang Yan Ran terdiam membisu.
"Masuklah!"
Mendengar suara yang dikenali datang daripada gadis yang berdiri di situ, Jiang Yan Ran bagaikan tidak percaya, "Awak… awak… awak Ye Wan Wan?"
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください