webnovel

Hilang Kawalan

編集者: EndlessFantasy Translation

Tawaran ini begitu mengejutkan buat Xinghe dan Mubai. Mubai adalah yang pertama tertawa. "Sempurna, saya tak ada masalah dengannya."

"..." Xinghe terdiam. Perlukah dia menerima tawaran ini dengan begitu sahaja?

Tuan Besar Xi tidak menunggu Xinghe untuk menjawab sebaliknya mengumumkan jawapannya sendiri, "Jadi, ia selesai. Kita akan jemput semua orang ke majlis perkahwinan ini. Sudah lama keluarga Xi tidak meraikan sesuatu dan perkahwinan ini sememangnya sesuatu yang berbaloi untuk diraikan."

Tuan Besar Xi ketawa terbahak-bahak. Tiada apa yang lebih disukai oleh orang tua Cina berbanding majlis yang makmur di rumah. Mubai berkongsi keterujaan datuknya tetapi mengerutkan dahi apabila melihat Xinghe yang tidak menunjukkan sebarang emosi.

Selepas Tuan Besar beredar untuk berehat, Mubai meraih tangan Xinghe lalu bertanya, "Kamu okey? Kamu masih enggan berkahwin dengan saya?"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ