Pengawal keselamatan tersebut ketakutan, tetapi dia tidak berani mendedahkan kebenaran. Namun, memandangkan Mubai telah mengugutnya, semangatnya telah berjaya dipatahkan.
"Bunuh sahaja saya sekarang, ini tak ada kaitan dengan keluarga saya! Ini semua salah saya, saya yang telah gagal melindungi Cik Xia! Cik Tong arahkan saya untuk bawa Cik Xia kepadanya kerana dia hendak membincangkan sesuatu secara peribadi. Saya ingatkan mereka hanya sekadar akan berbincang, tetapi tak sangka dia merancang satu penculikan. Cik Tong jugalah yang memaksa saya berdiam diri. Dia kata kalau saya enggan bekerjasama, dia akan fitnah saya supaya menanggung semua akibatnya kerana dia kebal dari undang-undang! Saya tahu saya salah, jadi hukumlah saya tapi jangan libatkan keluarga saya yang tak bersalah!"
Pengakuan pengawal tersebut mengejutkan semua orang. Puan Besar Presiden menjerit, "Apa kamu kata? Adik Yan yang menculik Xinghe?"
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください