Baju yang dipakai oleh Tianxin lima kali lebih mahal daripada Xinghe tetapi baju itu hanya sekadar menarik perhatian.
Apabila orang memandangnya, perhatian mereka akan tertumpu kepada pakaian itu dan bukan pada pemakainya!
Secara keseluruhannya, Xinghe menang.
Xinghe, yang telah berhias dengan cantik kelihatan jauh lebih menawan daripada Tianxin.
Perasaan marah dan cemburu menyelubungi Tianxin apabila melihatkan seorang perempuan hina daripada keluarga miskin kelihatan lebih cantik berbanding dirinya sendiri.
Bukan sahaja dia, malah ketika Puan Tua Xi melihat Xinghe, dia juga hampir gagal untuk mengawal kemarahannya.
Dia tidak peduli untuk bersopan lagi, lalu menegur Xinghe dengan nada tegas, "Kenapa kamu datang pada waktu yang sebegini? Kamu ingat rumah Keluarga Xi ini tempat apa? Kamu fikir kamu boleh masuk ke rumah ini bila-bila masa sahaja?"
"Xinghe, kamu memang salah kali ini," Tianxin bersetuju.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください