webnovel

Di Bilik Sebelah

編集者: EndlessFantasy Translation

Walau bagaimanapun, dia menunjukkan wajah yang memahami. "Mubai pasti bertindak sebegitu demi Lin Lin. Lain kali, kamu kena fikir tentang diri kamu dan orang lain terlebih dahulu. Jika apa-apa berlaku kepada kamu, apa yang kami harus lakukan?"

Air matanya mengalir. Dia memainkan peranan sebagai seorang tunang dengan sebaik-baiknya.

Puan Tua Xi datang memujuk. Dia menegur Mubai dengan nada lembut, "Ya, kita memang harus membantu orang lain bila perlu. Tapi, Mubai, kamu perlu belajar untuk memahami keadaan. Kali ini kamu bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil sahaja. Ingat, kamu akan berkahwin dengan Tianxin tidak lama lagi. Apa yang gadis ini akan lakukan jika sesuatu yang buruk berlaku kepada kamu?"

"Mak Cik, kita tak boleh salahkan Mubai," Tianxin berbisik dengan baik dan memahami. "Walau apapun, dia telah melakukan satu perkara yang baik."

"Tapi, dia harus menjaga dirinya sebelum menjaga orang lain… "

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ