webnovel

Kali Pertama, Sekali Lagi

編集者: EndlessFantasy Translation

Song Yifan… dan Rong Xuan, bertemu? Su Qianci berasa seakan melihat sesuatu yang dahsyat dan berkata, "Ayah, kamu…" Sebaik dia mengatakannya, Song Yifan dan Rong Haiyue berpaling ke arahnya serentak.

Buat seketika, suasana menjadi amat janggal.

Rong Xuan berdiri di antara kedua-dua lelaki itu dan kelihatan agak malu. Dia batuk kecil dan berkata, "Qianci, mari." Dia mendekati Su Qianci dan menolaknya ke dalam sebuah bilik.

Selepas mereka masuk ke dalam bilik, Su Qianci kelihatan bimbang. "Tinggalkan mereka berdua di luar? Tak ada apa-apa akan berlaku, kan?"

Rong Xuan turut berasa agak risau. Dia mengetap bibirnya dan berkata, "Ayah kamu tahu apa yang perlu dilakukan."

Su Qianci mengerutkan dahi dan bertanya, "Ayah yang mana?"

Rong Xuan terdiam seketika sebelum berkata, "Kedua-duanya."

-

Lama dahulu, Rong Haiyue mengenali Song Yifan tetapi Song Yifan tidak mengenalinya. Ini adalah kali pertama mereka bertemu secara berhadapan. Ia perkara yang tiba-tiba dan tidak dijangka. Pada hari yang sepenting ini, mustahil untuk tidak menjemput ibu bapa Su Qianci. Disebabkan itu sudah tentulah ada Rong Xuan, Rong Haiyue, dan juga Song Yifan.

Sheng Ximing memandang kedua-dua lelaki itu kemudian berdehem dan berkata, "Kamu Jeneral Rong bukan? Saya banyak dengar cerita hebat tentang kamu."

"Terima kasih." Rong Haiyue mengangguk kecil kemudian menoleh ke arah Song Yifan dan bertanya, "Encik Song Yifan, bukan? Saya peminat kamu. Kamu sangat hebat bermain piano."

"Terima kasih." Song Yifan tersenyum dan mahu berkata sesuatu ketika tiba-tiba kedengaran suara budak kecil, "Atuk, dukung!"

Song Yifan dan Rong Haiyue berpaling serentah. Li Jianyue berdiri berdekatan mereka dan menghulurkan tangannya kepada Rong Haiyue.

Senyuman Rong Haiyue melebar dan dia tunduk untuk mendukung cucunya itu. "Mana abang kamu?"

"Abang dekat dalam!"

Sheng Ximing berasa lebih malu. Dia menyangka "Atuk" ialah Song Yifan…

Song Yifan juga kelihatan agak kecewa. "Saya nak ke luar untuk lihat jika ada apa-apa yang boleh saya bantu."

Rong Haiyue mengangguk dan memerhatikan mereka pergi dengan wajah yang rumit. Pilihan cucunya ialah dirinya, tetapi bagaimana dengan pilihan Rong Xuan? Siapakah lelaki yang menjadi pilihannya?

-

Majlis perkahwinan itu diadakan di luar dengan berbumbungkan langit malam yang dipenuhi bintang. Pengacara majlis ialah seorang paderi terkenal di Ireland. Ketika ini, paderi itu kelihatan serius dan suci dan sedang berdiri di tempat yang paling jelas di pandangan semua orang. Suaranya bergema dan membawa sorakan orang ramai, "Pengantin perempuan!"

Gementar, takut, gembira. Selepas menarik dan menghembus nafas beberapa kali, Su Qianci menyambut tangan Rong Haiyue dan berjalan keluar.

Majlis perkahwinan. Berapa majlis perkahwinan yang boleh dilalui seseorang dalam hidup? 

Pada kehidupan pertamanya, dia memegang tangan 'bekas' bapa saudaranya untuk berjalan ke dalam dewan perkahwinan. Ketika itu, bapa saudaranya itu hanya bersikap tidak peduli dan angkuh. Ketika Su Qianci memegang tangannya, lelaki itu dingin dan langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan. 

Sekarang, dia sedang memegang tangan bapa kandungnya dan berjalan ke arah suaminya yang tercinta, diikuti oleh tiga orang anaknya di belakang.

Tetamu di sekeliling mereka bersiul dan bersorak. Su Qianci melihat sekilas pandang dan mendapati ramai rakan-rakannya berada di situ.

Lu Yihan, Ou Ming, Luo Zhan, Cheng You, Rong Rui, malah beberapa orang yang sudah lama tidak dilihatnya seperti Fu Lengbing, Song Yifan, Sheng Ximing... dan juga Li Jinnan, Li Beixing...

次の章へ