webnovel

Sayang, Ini Gangguan Seksual

編集者: EndlessFantasy Translation

Su Qianci berasa semakin teruk. Li Sicheng sangat hampir dengannya di bawah selimut itu… Kenapa lelaki ini tidak bergerak lebih rapat… Su Qianci berasa kecewa dan membuka selimut lalu mendedahkan tubuhnya. Walau bagaimanapun, dalam masa kurang dari dua minit, dia berasa terseksa sehingga hampir menangis, "Saya tak tahan… Terlalu panas…"

Li Sicheng menjelingnya sekilas dan berkata perlahan, "Kalau panas, tanggalkanlah baju."

Su Qianci mahu menanggalkannya, tetapi… Bolehkah dia melakukannya di hadapan Li Sicheng? Dia berasa seperti hampir mati!

"Saya nak tidur jadi saya tak akan tengok," kata Li Sicheng lalu memusingkan tubuhnya membelakangi Su Qianci.

Su Qianci teragak-agak seketika sebelum menanggalkan gaun tidurnya. Sebaik sahaja dia menanggalkan bajunya, Li Sicheng tidak lagi dapat bertenang. Dia cuba menahan dirinya daripada melihat Su Qianci tetapi dalam fikirannya hanya tergambar tubuh isterinya itu. Su Qianci yang tidak memakai walau seurat benang… 

Su Qianci masih berasa panas selepas menanggalkan gaun tidurnya. Mulutnya terasa kering dan dia bergerak-gerak di bawah selimut. 

Li Sicheng menoleh ke arahnya tanpa menunjukkan apa-apa perasaan dan meletakkan tangannya di atas tubuh Su Qianci. Su Qianci menggeletar dan tidak dapat menahan dirinya daripada merintih. Nafsu Li Sicheng terus membuak dan dia segera mengalihkan tangannya. Su Qianci mengetap gigi dan cuba menahan keinginannya selama beberapa minit sebelum akhirnya bersuara, "Encik Li…"

"Apa?"

"Saya rasa teruk…"

"Biasalah kalau rasa sebegitu apabila demam. Nanti kamu akan rasa lebih baik."

Su Qianci tidak berkata apa-apa lagi. Dia mengerekot dan berbisik dengan suara kecil.

Li Sicheng hampir menjadi gila. Dia berasa seakan mahu berteriak: 'Apa yang kamu buat? Merayulah! Kalau kamu merayu, saya akan lakukan apa yang kamu mahu.' Walau bagaimanapun, Su Qianci langsung tidak bersuara. Walaupun Li Sicheng mengeras seperti batu, dia tidak mahu menghampirinya dahulu.

Kira-kira seminit kemudian, tangan hangat Su Qianci mencapai tubuh Li Sicheng.

Li Sicheng menangkap tangannya dan bertanya dengan suara dalam, "Apa kamu buat?" Su Qianci yang berasa malu terus memusingkan tubuhnya kembali sambil mengerekot dan membelakangi suaminya. Li Sicheng menyumpah dalam hati, tetapi tidak dapat menahan dirinya daripada menyentuh belakang Su Qianci sambil bertanya dengan nada serius, "Kamu sakit di mana?"

Su Qianci menggeletar sebaik disentuh. Dia tidak dapat menahan dirinya dan terus bergerak lebih dekat dengan Li Sicheng. Dia sememangnya tidak memakai apa-apa… Darah terus mencanak naik ke kepala Li Sicheng dan membuatkannya berasa pening.

Li Sicheng menggerakkan tangannya ke pinggang isterinya. "Di sini?"

Su Qianci merintih tetapi segera berhenti. Li Sicheng berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa lalu menggerakkan tangannya ke bawah perut Su Qianci. "Atau di sini?"

Su Qianci tidak tahan lagi dan berkata, "Jangan sentuh saya…"

Li Sicheng segera menurut dan menarik tangannya kembali. "Baik. Jadi, saya tidur dulu." Kemudian Su Qianci mendengar dia memalingkan tubuhnya membelakangi Su Qianci.

Su Qianci berasa seperti mahu menampar dirinya sendiri. Sentuhan Li Sicheng sangat mengasyikkan hingga membuatkannya meremang. Kepalanya bertambah pening lalu dalam separa sedar, dia meletakkan tangannya di atas dada dan di belakang suaminya itu.

Li Sicheng yang amat kecewa cuba menahan dirinya daripada memberi reaksi terhadap perbuatan itu.

Pergerakan Su Qianci semakin meliar sehingga tangannya tiba di zakar…

Li Sicheng segera menangkap tangannya lalu berpaling menghadapnya dan berkata, "Sayang, ini gangguan seksual."

次の章へ