webnovel

Tertangkap di Atas Katil

編集者: EndlessFantasy Translation

Sewaktu Su Qianci mahu kembali ke tempatnya semula dengan gelas koktel di tangannya, Liu Anan berjalan ke arahnya. Melihat gelas Su Qianci, Lu Anan mengangkat gelasnya dan berkata, "Aku berkelakuan tidak senonoh ketika itu. Aku nak minta maaf pada kau. Qianci, bolehkah kita menjadi kawan semula?"

Su Qianci tidak mahu minum dengannya, melihat ke arah Liu Anan, berasa geli hati. Kawan? Liu Anan selalu melayan Su Qianci seperti orang bodoh. Jika dia Su Qianci yang lama, dia mungkin akan jatuh dalam perangkap Liu Anan, tetapi sekarang…"Pernahkah kita berkawan?"

Tidak menjangkakan kata-kata ini dari Su Qianci, Liu Anan memegang erat gelas kacanya dan tersenyum paksa. "Sudah tentu, bukankah kita kawan baik?"

"Kawan baik?" Su Qianci mengemam bibirnya. "Aku pasti sudah terlupa." Kemudian, Su Qianci cuba berjalan melepasi Liu Anan.

Melihat minuman yang tidak disentuh di tangan Su Qianci, Liu Anan berasa resah. Dia nampak Su Qianci mendapatkan minuman daripada pelayan itu. Walau bagaimanapun, Su Qianci langsung tidak minum. Adakah dia tahu? Berasa tidak selesa, Liu Anan merasakan Su Qianci semakin penuh misteri. Dia hanya merasakan sebegini ketika berada dekat Li Sicheng sebelum ini. Mungkinkah Su Qianci telah belajar satu atau dua perkara daripada suaminya? Walau bagaimanapun, tidak kira apa berlaku, Su Qianci mesti minum dari gelas ini hari ini.

"Liu Anan," kata Lin Wanting. Liu Anan memalingkan kepalanya dan melihat Lin Wanting datang dan berbisik, "Aku sudah beri dadah pada Ding Haibo dan masukkan dia ke dalam sebuah bilik. Sebaiknya kita bawa Su Qianci, dia tidak mungkin dapat lari kerana kesan dadah itu kuat. Langkah seterusnya bergantung pada kau."

Liu Anan tersenyum menunjukkan persetujuan. "Bagus. Mari nikmati apa yang akan berlaku."

Walaupun penting untuk menguruskan Ding Haibo, ini tidak cukup untuk memusnahkan Su Qianci. Walau bagaimanapun, jika Su Qianci dan Ding Haibo dapat ditangkap bersama-sama di atas katil, itu akan menjadi satu cerita yang berbeza.

Melihat mereka bercakap sesama sendiri, Su Qianci tahu mereka sedang merancang sesuatu.

Tetapi apa rancangan mereka?

Peristiwa ini agak berbeza dari kehidupannya sebelum ini. Su Qianci tidak tahu apa yang akan berlaku. Sambil dalam keadaan berwaspada, Su Qianci minum sedikit dari gelasnya, dan berfikir sejenak.

Apabila Liu Anan memalingkan kepalanya, dia melihat Su Qianci minum minuman tersebut. Walaupun hanya seteguk, Liu Anan sangat gembira. Dia meminumnya!

Su Qianci telah memberi perhatian kepada dua orang gadis itu. Apabila melihat riak wajah Liu Anan, Su Qianci berasa curiga.

Menyedari pandangan Su Qianci, Liu Anan terkejut. Adakah Su Qianci benar-benar mengesyaki sesuatu? Merasakan bersalah dan juga teruja, Liu Anan berkata, "Su Qianci, walaupun kau tidak mengakui persahabatan kita, aku ikhlas apabila mengatakan kau kawan baik aku. Ini sebagai tanda minta maaf kepada kau!"

Kemudian, Liu Anan minum semua wain di dalam gelasnya. Melihat Su Qianci tidak bergerak, dia merayu, "Su Qianci, kita saling mengenali di antara satu sama lain, bukan? Tolong minum dengan aku."

Su Qianci berasa aneh, tapi masih minum minuman di tangannya sambil Liu Anan memberi pandangan merayu.

次の章へ