webnovel

Kaya, Ya?

編集者: EndlessFantasy Translation

"Lepas perjumpaan kamu esok, saya akan suruh Lu Che tolong budak-budak tu pindah sekolah."

"Tak perlu." Tangning ketawa. "Saya akan melawat masa semua orang di kelas. Tak ramai orang akan tahu. Kalau saya tak tonjolkan diri, sepatutnya tak ada masalah."

"Anak-anak saya pula, mereka mampu bergaduh saja ke?"

"Mereka masih kecil…"

Selepas mendengar respons Tangning, Mo Ting melalukan tangannya dengan lembut di celah rambut isterinya. Isterinya sentiasa betul. "Tunjukkan mereka kuasa sikit esok…"

"Faham, Presiden Mo!" Kata Tangning lalu mengucup bibir Mo Ting.

...

Keeoskan harinya, pengetua dan ibu budak gempal itu menunggu ibu bapa Kembar Mo tiba di dalam pejabat pengetua. Daripada air muka mereka, mereka tidak berniat melepaskan dua beradik itu.

Terutamanya apabila semua kanak-kanak sudah masuk kelas dan mereka masih tidak nampak kelibat Tangning. Itu membuatkan mereka lebih berang.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ