webnovel

Tak Mahu Buat Dia Sedih

編集者: EndlessFantasy Translation

Xia Hanmo begitu ketakutan lalu segera kembali ke Superstar Media. Dia mendapati setiap bilik di dalam pangsapurinya dilengkapi kamera lubang jarum.

Long Jie segera menghulurkan sepasang kemeja kepadanya. "Kamu tak boleh terus duduk di sana."

"Patut ke saya terus dedahkan semuanya? Saya tak tahu apa lagi pengurus saya ada di tangan dia. Malah…"

Xia Hanmo menggeletar. Dia tidak pernah menyangkakan dia berada di bawah pengawasan begitu lama.

"Pssh. Saya tak pernah jumpa orang sejijik pengurus ini. Peraturan dalam industri ini dah dilanggar oleh sampah ini." Long Jie tidak dapat menahan daripada merungut.

Tangning memandang dua orang wanita itu dan memberi arahan kepada Long Jie. "Mula-mula, kawal paparazi yang bekerja dengan sampah itu. Dapatkan sebanyak mungkin bukti yang boleh beri kelebihan kepada Xia Hanmo."

"Itu senang." Long Jie memberi isyarat okey dengan tangannya.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ