webnovel

Ayah Dia Bunuh Orang, Jadi, Bukan Ke Dia Patut Bertanggungjawab?

編集者: EndlessFantasy Translation

Selepas kembali ke China, Tangning asalnya mahu duduk dan berbual panjang dengan Chen Xingyan. Tetapi, ibu dan anak itu enggan menyusahkan Mo Ting dan Tangning. Jadi, mereka menyembunyikan diri.

Tetapi, kenapa mereka menyorok? Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Kerana hal ini, Tangning sendiri melawat pangsapuri An Zihao. Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam rumah yang jelas sekali dikongsi pasangan itu, Tangning tidak dapat mengelak daripada tergelak. "Tak seronok rasanya ditinggalkan, kan?"

"Ah hah!" An Zihao duduk di sofa dan mula minum sedikit wain. Dia mengenakan sepasang baju basahan bewarna kelabu; gaya kasual yang jarang dilihat pada tubuhnya. "Tapi saya faham Xinyan. Saya memang faham. Saya tahu dia tak nak libatkan saya. Tapi, sebenarnya, saya yang tak uruskan hal ini elok-elok."

"Kalau begitu, kamu rancang nak buat apa?" Tangning bertanya sambil melabuhkan punggung di hadapan An Zihao.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ